Tuesday, February 28, 2012

Laksa Penang

Assalamualaikum..
Buat laksa ni ahad hari tuh..untuk makan malam juga hehhe puas hati dapat makan banyak2..resepi dapat dari sini..kalau tengok kat gambar tu, lada besar2 sebab blander aku dah penat..jalan berhenti, jalan berhenti..akhirnya aku memahami dia yang penat..jadi aku biar je la lada-lada tu, tak paksa dah :D

Aku guna ikan kembung eh? ye ker?..kuttt..., belacan aku tak letak sebab kami-kami tak berapa sangat nak makan belacan macam eksen okeh..emm :) sebab nanti ada yang gatal hidung, muka gatal..diorang kitaorang ni kalau rasa atau bau yang pelik2 sikit, diorang tahu..cuma tak tahu benda apa eh?aku la tu yang tak tahu..orait..tapi resepi ni sedap..lagi-lagi mudah, memang la aku suka..lagi satu aku tumis sekejap..kejapp jee..tak jadi resepi lain kan?..heheh aku buat dalam separuh dari resepi di bawah..


Laksa Penang
Sumber: OhMalaysia (Amir Said)

Bahan-bahan (kuah) 10 orang
1 kg ikan selayang
20 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering
6 tangkai cili api
1 sudu kecil belacan
10 keping asam keping
10 cawan air
4 tangkai daun kesum
1 biji bunga kantan – dibelah dua
Garam dan gula

Bahan-bahan lain
Laksa beras cap Eka 1 kg
5 biji telur rebus – dibelah dua
Hirisan salad, bawang besar, cili api dan timun

Cara-cara
  1. Rendam laksa selama 1 jam, kemudian rebus sehingga lembut dan toskan.
  2. Untuk kuah, rebus ikan selayang sehingga lembut dan asingkan isinya daripada tulang. Guna air rebusan ikan untuk kisar tulang ikan dan kemudian tapiskan.
  3. Kisar isi ikan, bawang merah, cili kering dan cili api.
  4. Masak bahan yang dikisar di dalam periuk. Masukkan belacan, asam keping, air, daun kesum, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa.
  5. Hidangkan laksa penang dengan ulam, telur rebus dan limau kasturi (optional).

Alhamdulillah dapat makan..terima kasih juga kepada tuan nya resepi Amir Said ni..

Monday, February 27, 2012

Nasi Lemak & Ayam Panggang Halia

Assalamualaikum..
Heheh buat Sabtu lepas. makan malam..


Nasi Lemak
Sumber: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi (mat guna beras Moghul), cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik --- aku tak letak sebab takda
1 1/2 inci halia, kerat 3 dan dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis secukupnya
Ikan bilis yang digoreng garing
Hirisan timun
Telur rebus, atau telur dadar
Kacang tanah goreng
Ayam goreng/Ikan goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras dan masukkan ke dalam rice cooker, tuang santan dan masukkan serai, daun pandan, bawang putih, bawang besar dan halia. Tambah garam (anggaran 1 camca teh), kacau hingga rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi betul2 masak, gemburkan guna chopstick, tapi pastikan jangan terlalu menggaul, nasi nasi patah2 dah tak lawa. Cukup sekadap 3 - 4 kali dikarehkan. Hidangkan bersama sambal tumis, telur, hirisan timun, ikan bilis goreng dan kacang tanah. Selamat menjamu selera..


Ayam Bakar/Panggang Halia
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
1 ekor ayam (saiz sederhana)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa 

Bahan Kisar:-
4 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
3 tangkai cili merah 

Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!



Thursday, February 23, 2012

Carrot Cake Secret Recipe

Assalamualaikum..

Hehehee baru sedar diri yang kek ni bole tahan sedap..betul-betul balik keje semalam gagahkan diri pi singgah SR giant batu caves sekejap sebab betul-betul la nak rasa..akan dicuba resepi-resepi sampai dapat yang sama atau sipi2 pun jadi lah kan..ketepikan rasa cream cheese tuh..kek ini sedap bukan sebab cream cheese, tapi sebab memang sedap..perggh puji melambung nampak..


Gambar untuk diabadikan sebagai kali pertama makan kek lobak yang sedap..selama ni tak tergerak pun nak pergi SR semata-mata nak beli kek ini, selain cheesecake..tu pun zaman muda-muda masa tak tahu guna oven lagi..heheh


Ini kes tak sabar nak makan..tapi kena ambil gambar dulu, nanti terlupa pula struktur dia macamana..sangat moist kek ni..

Wednesday, February 22, 2012

Asam Pedas Ayam..

Assalamualaikum..

Pertama kali juga buat asam pedas ayam..hehhe memang dah lama nak try..petang semalam dapat la aku masak semangat lapar..tapi ringkas saja aku buat..



Asam Pedas Ayam
Resepi: Ozzyorange9768

Bahan-bahannya:
Sedikit minyak untuk menumis
*2 biji bawang besar
*3 biji bawang putih
*1/4" halia
*1/4" kunyit
*Segenggam lada kering (buang biji & rebus sekejap, basuh & toskan)
*1 sudu kecil garam
1 kg ayam (lebih kurang 8 ketul)
1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil asam jawa Adabi bancuh dengan 1 cawan air
Air secukupnya..
Sedikit serbuk perasa (optional)
Garam secukupnya
1 biji tomato (dipotong 6)

Cara-caranya:
1. Kisar semua bahan bertanda * & tumis sampai naik minyak.
2. Masukkan ayam, serai dan sedikit air. tutup periuk, biarkan hingga ayam masak.
3. Bila ayam dah cukup masak, masukkan air asam jawa dan tengok nak kuah banyak mana, tambahkan air kalau nak kuah lebih.
4. Perasakan garam & masukkan sedikit serbuk perasa.
5. Masukkan tomato. biarkan mendidih. tutup api..dah siap hehhe


mudah betulkan aku masak..hahha alhamdulillah dapat makan hehe emm aku suka ayam masak ni first time buat dah terus suka, buat sendiri plak tuh hehe ntah apa2 je ntah..sedap pada aku, tapi tak tahu pada orang lain..kalau ada yang tak suka, tapi tetap makan juga, tu tandanya diorang lapar tahap gaban hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih