Showing posts with label ayam panggang halia. Show all posts
Showing posts with label ayam panggang halia. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Ayam Panggang Rosemary

Assalamualaikum..
Tiap kali bakar ke panggang ayam asyik ada yang hitam je yer..hahha ok la lepas ni aku buat aku letak jauh dari api..pastu tak nampak pun rempah nye kan?..tapi rasa boleh tahan..sangat senang, masuk semua dalam blender lada hitam pun aku masukkan, xda maknanya aku nak tumbuk dulu dan kisar.

Resepi asal adalah dari Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers tapi aku takda herba atau rempah campuran tuh, yang ada cuma rosemary kering je..tu pun baru belajar beli herba gitu bulan lepas..hehe aku bakar 2 ketul sebesar 1/4 ayam..jadi sukatan semua bahan ni main masuk agak-agak cukup je..

Aku guna api atas sahaja dengan suhu 180degC. Masak tak sampai 1 jam pun..lepas setengah jam aku balikkan lepas sapu dengan baki bumbu..

 

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Roger
Sumber: Dapur Hana & Potret Kasih

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – (ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk..) -- aku masukkan sedikit lada sulah juga
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara penyediaan
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam – semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
5. Semasa  membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Aku makan ngan nasi je..huhu 

Terima kasih kepada penyumbang resepi..kak wana kata resepi asal dari CikMid, tapi aku takda la pula link nya..

wokeh..till then ecewah..

 

Monday, February 27, 2012

Nasi Lemak & Ayam Panggang Halia

Assalamualaikum..
Heheh buat Sabtu lepas. makan malam..


Nasi Lemak
Sumber: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi (mat guna beras Moghul), cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik --- aku tak letak sebab takda
1 1/2 inci halia, kerat 3 dan dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis secukupnya
Ikan bilis yang digoreng garing
Hirisan timun
Telur rebus, atau telur dadar
Kacang tanah goreng
Ayam goreng/Ikan goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras dan masukkan ke dalam rice cooker, tuang santan dan masukkan serai, daun pandan, bawang putih, bawang besar dan halia. Tambah garam (anggaran 1 camca teh), kacau hingga rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi betul2 masak, gemburkan guna chopstick, tapi pastikan jangan terlalu menggaul, nasi nasi patah2 dah tak lawa. Cukup sekadap 3 - 4 kali dikarehkan. Hidangkan bersama sambal tumis, telur, hirisan timun, ikan bilis goreng dan kacang tanah. Selamat menjamu selera..


Ayam Bakar/Panggang Halia
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
1 ekor ayam (saiz sederhana)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa 

Bahan Kisar:-
4 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
3 tangkai cili merah 

Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih