Thursday, March 8, 2012

Strawberry Mousse

Assalamualaikum..

:) Buat mlm tadi (selasa malam)..hari Jumaat lepas beli strawberry kat giant Batu caves. Beli tanpa tujuan sebab tengok murahnyerr heheh hambikk je strawberry dari Cameron Highland. Kesannya sampai ke malam tadi tak tahu nak buat apa, lepas buat pengumuman yang diorang boleh makan strawberry secara bebas tuh, pun ada baki banyak lagi..maybe sebab masam sikit kut..sebelum tu dah tengok-tengok juga Mat Gebu punya mango mousse yang baru semalam ke kelmarin dibuatnya..makanya, gi ke dapur ding dong kepung kepang jadi lah strawberry mousse ni.. 

jadinya, resepi ni memang diadaptasi dari resepi mat gebu lah. Aku tukar mangga jadi strawberry, jus lemon aku takda, jadi ganti dengan limau nipis jgn gelak!..gulanya aku measure 1/3 cawan tu lebih kurang 60 g. tapi aku makan sebelum gi kerja tadi, manis lah..pasni boleh kurangkan sikit lah..kaedahnya sama macam cmg cuma aku putar dulu whipping cream tuh macam buat cheesecake dan simpan dalam peti ais. dan hasil dari strawberry, jus limau nipis dan gula tuh aku tak tapis..saja bagi ada nampak sesuatu dalam tuh wahahhaha aku tak malas okeh hehe


Strawberry Mousse
Diadaptasi dari: Mat Gebu Mango-Mousse-Mangga

Bahan-bahan:
8 - 10 biji Strawberry
60 g gula kastor
1 sb jus limau nipis (lemon pun boleh) - cmg guna lemon
1 sb gelatin halal (lebih kurang 6g) - cmg guna jenama NONA, aku pula guna Halagel
1/4 cawan air panas
200ml whipping cream
Strawberry untuk hiasan

Cara-caranya:
1. Putar whipping cream hingga kental. Masukkan dalam peti ais.
2. Kisar strawberry, gula halus, jus limau nipis (aku guna blender kering).ketepikan.
3. Larutkan gelatin ke dalam air panas, dah kacau sehingga betul-betul larut dan jernih. Tuangkan ke dalam no.2 tadi..gaul sebatikan.
4. Keluarkan no 1 tadi dari peti ais, masukkan no 3 ke dalam no 1 sedikit demi sedikit sambil digaul menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati dan rata.
5. masukkan dalam bekas ikut suka, dan sejukkan hingga kental.dan dah boleh makan..


Rasa?..hehhe rasa mousse la...aku tahu yang aku tak berapa nak gemar rasa mousse ni..tapi aku nak buat jugakk..keinginan nak membuat tu lebih kuat dari keinginan nak makan..emm nanti tengok diorang makan tak. Aku dapat dalam 11-12 suffle cup size M/250 oz ni..pada yang suka rasa mousse ni, sedap lah agaknya sebab strukturnya macam aiskrim hehhehe

Masa tengah godak-godak tuh ingat nak masukkan cheese sikit nak sesuaikan dengan citarasa aku, tapi cheese keras lagi daa..dalam peti ais lagi..takda masa nak nunggu eh..

orait..:)

Wednesday, March 7, 2012

Bingka Jagung

Assalamualaikum..

Ada yang panggil bengkang yer..ni buat isnin malam. Tapi aku terlebih masa bakar. Hehe ada je la yg tak kenanya aku buat..mula-mula aku tak berapa pasti jadi ke tak wahaha lagi ntah hapa2 jer kan, pastu lepas aku google tengok-tengok..rupanya memang mcm ni rupa nya..heheh cuma akunyer comot sikit. Rasanya bole tahan la sebab jagung kan, cumanya disebabkan ketulan jagung kat atas sahaja (ini yang aku buat, yang terlebih bakar, yang jadi keras huhuhu), jadi lebih sedap makan atas dan bawah sekali..faham dak?..terlebih 100% masa bakar sebab, pas 1 jam tu, bila tengok-tengok, melekat lagi, tengok-tengok melekat lagi sampai la akhirnya aku baru teringat yang bingka masa panas memang cam ghitu pheewww letih nunggu ish ish.. kesian sungguh aku dia kena bakar lama-lama..rasanya kalau tak terlebih bakar, lagi sedap agak nya..

Resepi dapat dari sini..terima kasih untuk Honeym's. Nanti bebila ada stok jagung aku nak buat balik resepi ni hehhe entah bilanya..


Bengkang/Bingka Jagung
Resepi dari blog Honeym's

Bahan
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 s/b butter/majerin cair
 

Cara
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang
.


Tuesday, March 6, 2012

Carrot Cake 2nd Recipe --- 1st attempt

Assalamualaikum..

Hehhehe ntah apa2 je ntah..aku nak buat carrot cake, tapi rasanya dah jadi macam rasa kek buah pula..tak semena-mena aku dah dapat satu resepi kek buah yang boleh tahan sedap & moist...cuma terlebih manis. lepas ni aku kena kurangkan banyak kuantiti gulanya..jadinya ni kira success ke tak?..emm tak lah..dah tentunya nak buat kek lain tapi jadinya kek lain..ish ish

Masa mula-mula masuk dalam oven, lepas 10 minit rasanya, dah bau kuat, eh? pelik aku..tak kan dah nak masak kut..ding dong ding dong tergerak hati nak tengok..wargggh atas kek dah hitam..rupanya aku tak betulkan api, aku guna api atas je..pastuh terus letak kat api bawah je dalam 10 minit betulkan balik guna kedua-dua api..masa tu cool je..tak da rasa kecewa pun..ye lah kan trial..


Pastu dekat 1 jam kek masak..hehhe aku tengok ok je kek naik cam biasa..cuma atas tu je la gelapp..wahahha tak sabar betul aku tunggu sejuk, lama tul aku tunggu tak sejuk2..last last aku potong dan makan, ambil lagi..makan..ambil lagi sikit..eh? napa rasa macam kek buah pulak..jemmm ni sebab aku terlebih letak kismis la ni..letak sampai 100g..ish ish..secret recipe nyer kek letak kismis kan?..tu yang aku pun letak..secret recipe nyer kek kismis nya kat bawah kan?..aku nyer pun kat bawah..hahha walnut nya yang kat atas..tapi baru aku nampak aku nyer carrot..sebab yang carrot cake 1st trial hari tuh, tak nampak carrot nyer..sebab aku pergi parut lobak tuh macam nak buat bingka wahahha gelak sendiri okeh..orang suruh sagat, aku pi parut..mana la nak nampak..geleng kepala..


Kali ni resepi aku cuba dari sini, nanti lah aku try lagi..dah. aku belum nak buat lagi kek lobak ni. Tunggu mood datang..aku nak buat kek lain plak..

nota terkini: :) aku bawa gi ofis sebekas tupperware aiskrim 1 liter yang warna kuning tuh..heheh habis sudah..
aku pula daripada tak makan sangat kek buah, tetiba diri sendiri buat jadi sedap plak wahahhaha..macam nak warta kan ni sebagai salah satu resepi cuma tak tahu resepi kek buah ke resepi carrot cake wahahhaha...lepas disimpan semalaman lebih sedap dan moist. kacang walnut dalam tuh pun ok ngam2 sahaja..nanti aku buat lagi dan letak resepi ya tapi tak bila ye wahahhaha...

Monday, March 5, 2012

Ikan Masak Stim

Assalamualaikum..

Sabtu lepas lepas gi service kereta, pergi kedai memborong segala apa yang bole selagi duit tak habis, selagi tu tak keluar-keluar kedai. Ada kedai kat sri serdang yang aku menjadi pelanggan setia sejak belajar dulu. Super Eight nama dia. Tapi aku lebih mengenali dengan nama kedai Zakaria, memula hari tuh ingat2 balik, mana la aku dapat nama zakaria tuh, tetiba satu hari aku terpandang kat mana ntah, pintu kut..memang ada la nama tu..ohh selama ini tak salah lah aku ajar adik aku nama kedai tu kedai zakaria heheh dulu kedai ni kecil je, sekarang dah dua kali ganda lebih aku rasa dari sepuluh tahun dulu. barang-barang pun makin banyak..kedai makin kemas..harga boleh tahan juga murah tengok pada jenis barang la..kalau tak pergi atau malas nak ke pasar malam isnin ke jumaat, aku gi kedai ni la beli lauk kalau nk masak la..aku beli la tumbuhan dan haiwan2 di situ termasuklah ikan..

Balik tu fikir-fikir nak masak apa ya..google jumpa la resepi ni ikan masak stim dari Dayang Jack..resepi ambil dari myresepi..emm bole tahan rasa dia, pada aku ada macam rasa tomyam putih cuma tak da daun limau je. bunga kobis ngan cendawan tak da, aku gantikan dengan kobis dan kacang panjang. pastu cili tu, untuk yang suka pedas macam aku adalah tak cukup 10 biji tuh..pas ni kalau buat lagi, aku nak letak cili banyak2..ringkas dan mudah resepi ni..


Ikan Masak Stim
by: Dayang Jack, myResepi

Bahan-bahan (1 hidangan ):

  • 1 ekor ikan segar (ape2 je jenis ikan yg digemari. dyg prefer ikan Red Dragon sb rasanya sedap, xde bau dan harga pun xlah mahal sgt)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan --- tak letak sebab tak ada
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1-1½ liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis --- aku guna kacang panjang dan kobis
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)

Cara-cara

  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.
Aku makan dan suka jugak la dengan rasa dia tapi aku tak tahu adik2 aku suka ke makan ke tidak sebab diaorang tak da, ni kira masak sendiri makan sendiri la..:)

Thank you pada Dayang Jack dan my resepi ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih