Tuesday, May 3, 2011

Pandan Buttercake & Alunan Kasih

Salam..wahahhaha sungguh bosan petang semalam..jadi aku try resepi lagi..lama dah teringin nak makan kek kaler hijau..


Macam Moist Orange Buttercake juga, resepi nih aku ubah dari resepi kek coklat. sebenarnya resepi kek coklat tuh dapat dari kawan adik aku lama dulu..dan aku masih guna sampai sekarang sebab sedap.


Kek Pandan Alunan Kasih

Bahan2: (untuk Loyang bulat 7”)
125g mentega
120g gula
2 biji telur gredB
125g tepung superfine *
½ st sodium bikarbonat*
1st baking powder *---> ayak
140g susu segar
1 st pandan emulco (boleh kurangkan untuk rasa pandan yg lebih sederhana)
sedikit pewarna hijau
1 sb serbuk koko untuk alunan

Caranya:
1. pukul mentega & gula sampai kembang.
2. masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati.
3. larutkan pandan emulco dalam susu segar.
4. masukkan bahan2 yg diayak td ke dalam adunan 2, selang selikan dengan susu. Gaul sebati
5. bahagikan adunan kepada 2 bahagian, dan campurkan 1 bahagian dengan warna hijau.
6. masukkan adunan 5 ke dalam loyang yg dah di gris & dialas kertas minyak, ayakkan serbuk koko ke atas adunan dlm loyang tadi. Pastikan keseluruhan permukaan adunan ditutup serbuk koko.
7. masukkan 1 bahagian lagi adunan di atas serbuk koko td perlahan lahan dan rata kan permukaan
6. bakar dengan suhu 175degC, 40-45 minit.
^^(bila >30minit agak2 dah nak gelap sikit permukaan kek tuh, letakkan kertas minyak/aluminium foil. takyah letak proper sgt, just taruk je asalkan tutup permukaan kek --biar atas tak hitam hangus tapi belah dalam belum masak--)
 

Sapa la yg bagi idea buat alunan cam gini kan, terimakasih la pada 'beliau'..aku suka!...hehe

Moist sangat kek ni..hehhe sedap and dah lepas keinginan nak makan kek kaler hijau wahahhah alhamdulillah best!best!

 

Friday, April 29, 2011

Moist Eggless Chocolate Cake & Kek Tanpa Gula

salam, hhehe ni je gambar yg ada, walaupun tiada keindahan dalam gambor nih, tengok je lah


Kali ke2 buat, hehhe aku tak tau jd ke tak sebenarnya wahahha mengong!!. masa masak tuh aku cucuk tengah kek, licin clear je lidi masa kuar and aku assume la dah masak. aku bawak kuar, sekali masa potong kek masih melekat2 kat pisau & sudu. nak kata panas lg, sampi lanih masih melekat. emm ke belum masak...? hehhe tp dah lebih 45 minit bakar  ermm atau sbb aku tak letak cuka ke lemon ke oren sunquick ke cam dlm resepi...wahhahah biarlah. Bl aku makan, ok n masak jew.. 

rasa pun sedap cuma lembab melekat2 yg buat aku confuse kek ni jadi ke tak (-_-")

nampak kat blog kak Izah kat sini, resepi asal dr Dayangjack. Aku tak letak lg resepi sini sebab aku lum puas hati jd ke tak kek nih. aku nk try lg pas nih lama lg la tuh. Sapa2 nak resepi gi la blog otai2 tuh..puas hati masuk blog diaorg, gambar makanan bannnyakkkkk...hehheh apa pun tima kasih untuk penyumbang resepi, kek ni sedap n saya akan try buat lg azam kononnya. Diorg buat cantekk je tongok huhuhu aku nk buat lagii huhuhu

tapi lagi sekali, kek ini sedap..adec aku makan banyak huhu ingt dia nk kutuk aku, sib baik

tapi yg 1st time buat dulu, memang confirm tak jadi!! masa bakar tuh aku dah pelik, apsal kek nih tak naik ek em mmg tak naik kut..masa tuh aku ingat yg suma aku ikut resepi kecuali air sejuk dr peti ais aku ingat botol dlm pt ais tuh ada air, rupanya kosong uwaaa. takpa la, tggu je la samapi masak..

pas masak aku rasa sikit yg tepi2 tuh, pahit?..pikir punya pikir..kek  nih mmg pahit ke, ke letak serbuk koko banyak sangat..ke gula tak cukup emm tiba2, aku tak taruk gulaaaa!!!jemmmm!! (-_-") arggghh tension pun ada, kelakor pun ada. cam sengal pun ada. tak ter gerak pun nk rasa adunan sblm bakor wahahhaha

jd untuk yg kali nih, aku siap2 rasa adunan sikit sebelum bakor mcm selalu aku buat...ish ish..

 

Thursday, April 28, 2011

Coklat Hantaran Hijau Putih II

salam..lagi coklat hantaran tema hijau putih. pesanan dari kak Yus. Last minute order nih, alhamdulillah aku takda apa2 aral td mlm jd dapat siap kan..


Berminat dengan chocolate design hijau putih sebelum nih, minta dibuatkan yg sama cuma diubah sedikit sahaja. lega juga aku sbb boleh terus buat ikut yg dulu hehhe Filling almond, almond crunchy, hazel nut, blueberry & strawberry..


Bawah nih warna hijau yg lebih hampir (cuma gelap sikit banding ni). Entah, dlm kamera, betul hijaunya, bila transfer ke laptop jdi lain lak. yg ni amik guna hp


masuk dalam kotak silver, pick up point di Giant Batu Caves petang ini, insyaallah


Dan ini untuk Kak Yus,


Terima kasih banyak ya kak Yus, alhamdulillah sempat siap..
macam biasa harap2 coklat ini sedap dan cantik seperti mana citarasa yg memakan & yg melihatnya insyaallah..

 

Tuesday, April 19, 2011

Vanila muffin w choc chip

Salam..ni baru buat sblm maghrib td. terasa nak makan benda ber'kek'. resepi ambil dari CMG sini, cuma aku gantikan almond tu ngan choc chip..

 

Resepi sangat ringkas dan mudah pada aku, sekejap je membuatnya. sedap dimakan masa panas2..dapat dalam 13 ketul suffle cup size s. CMG, saya c&p resepi sini ya..

Sumber resepi: Mat Gebu
Bahan2nya:
90 gram mentega
70 gram gula halus ---aku guna gula biasa, tu jer yg ada
110 gram tepung gandum* ---aku guna tepung superfine heheh
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha flavor---tak letak
Cincangan kacang badam secukupnya---aku gantikan ngan chocolate chip

Caranya: 
1.Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan. --hhehe aku 170degC
2.Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
3.Akhir sekali masukkan esen vanilla dan mocha flavor, kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan muffin atau muffin cup tadi. Tabur cincangan kacang badam atasnya.
4.Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan... ---aku bakar dlm 15minit


Thanks to CMG..sepanjang yg aku ingat, kebanyakkan resepi cmg yg aku try, menjadi n sedap...aku banyak belajar dr blog beliau..belajar masak, belajar tengok resepi, belajar deraka kakakaka (gurau jer okeh..)..tapi betul jugak, yg nak makan kan kita, jd kita ikut resepi tapi buat ikut citarasa kita hheheh okeh2! dah nak start mengarut nih. nak g tengok desperate hwife heehee

p/s: buat bf pg nih, rupanya lg sedap bila dibiarkan semalaman..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih