Showing posts with label marble buttercake. Show all posts
Showing posts with label marble buttercake. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Marble Buttercake & Almond Flakes

Assalamualaikum..
Ini 2 buku  juga di order oleh fadhil..kalau dia terbaca entry ni, terimakasih banyak2 untuknya..



Pick up di Shell MRR2..

 

Tuesday, June 26, 2012

Marble Buttercake - Strawberry

Assalamualaikum..

Gambar lagi na...resepi kemudian..hehhe


Wednesday, June 6, 2012

Buttercake & Almond Flake

Assalamu'alaikum..

Heheheh semenjak ada stok almond flake ni, rasa macam best je nak guna..hehheh ni buat sabtu lepas sebelum balik kampung, nak balik pukul 5 pm, masuk dalam oven 4.15 pm wahahhahah baik sempat & selamat dari kena bising, huhu setakat ni aku rasa, kena tinggal lagi kurang stress dari kena tunggu tapi kena bising wahahha syyyyhhh..

Sebelum tu nak buat soft japanese cheesecake, tapi kesilapan technical salah sendiri, degil!!, telah membuat aku yang tengah blur masa tu, tukar plan..saja buat nak bawa balik kampung. ada anak-anak saudara yang suka makan kek kat kampung cuti sekolah ni..resepi dapat dari Mat Gebu. Banyak kali juga dah buat, salah satunya di sini..

 

Marble Buttercake 
Sumber Asal: Mat Gebu
 
Bahan2nya:
300 g mentega
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A --- aku guna 6 biji Gred C
1 camca besar ovallate
--- 15 gram
250 g gula halus
30 g gliserin**
20 ml air **--- aku guna 50 gm air

Caranya (loyang 9x9): 
1.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
2.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental.
3.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan 1 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
CikMat kata :- Kalau tak da gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


Sampai kampung maghrib dekat nak isyak, esok paginya dah habis  satu loyang..alhamdulillah

Note: Kebanyakkan entry aku schedule kan..jadi ada antara komen yang aku kadang sempat baca dan publish tapi aku jawab kemudian dengan kata lainnya lambat reply hehhe soriii...

 

Monday, June 13, 2011

Buttercake & alunan kasih

Salam..
order hujung minggu..hehhe ada eh?...saiz loyang 6x6"..


Resepi sama cam marble buttercake sini (1/2 adunan), cara2 alunan belajar dr blog maklang di sini ya..


Terima kasih banyak ana..

Tuesday, June 7, 2011

Marble Buttercake II

Salam..



Marble Buttercake lagi, pesanan dari officemate. Resepi kat sini. Thanks ya

Thursday, June 2, 2011

Marble Buttercake

Salam..heheh lama ye takde entry, bak kata mamasyafi asyik coklat biru jer hehhe ok yg ni tgok kaler lain plak wahahhaha


Ni ambil resepi CMG lagi. Resepi ni sangat best. Pada yg nak lihat resepi asal, sila ke sini dan yg bawah nih aku ada ubah sikitttt je..ikut apa yg aku buat ngan bahan2 yg ada..

Marble Buttercake 
by OzzyOrange9768
Sumber Asal: Mat Gebu
Bahan2nya:
300 g mentega
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A --- aku guna Gred B
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin**
20 ml air **--- aku guna 50 gm air

Caranya (loyang 9x9): 
1.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
2.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental.
3.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan 1 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
CikMat kata :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Thanks ya CMG for the marvelous recipe..


selalu aku guna susu cair, tp kali ni takda stock plak, jd aku gantikan je lah ngan air, whipping krim pun takda apalagi gliserin..ni adalah resepi yg sama aku guna untuk buat kek2 ini dan ini. sebelum tu ada gak buat beberapa kali yg marble tapi ada gambar yg tak memberangsangkan, dan ada gak yg aku cam malas je nk amik gambar..tp ya..try la resepi cmg nih, mmg sedap insyaallah lagi satu aku guna utuk buat mango cheesecake kat sini. hehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih