Showing posts with label kek mentega. Show all posts
Showing posts with label kek mentega. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Buttercake with almond flake

Assalamualaikum..
Ni mak saudara tempah untuk kenduri makan2..


Harapnya kek ini menepati citarasa sesiapa sahaja yg memakannya..insyaallah

Wednesday, June 6, 2012

Buttercake & Almond Flake

Assalamu'alaikum..

Heheheh semenjak ada stok almond flake ni, rasa macam best je nak guna..hehheh ni buat sabtu lepas sebelum balik kampung, nak balik pukul 5 pm, masuk dalam oven 4.15 pm wahahhahah baik sempat & selamat dari kena bising, huhu setakat ni aku rasa, kena tinggal lagi kurang stress dari kena tunggu tapi kena bising wahahha syyyyhhh..

Sebelum tu nak buat soft japanese cheesecake, tapi kesilapan technical salah sendiri, degil!!, telah membuat aku yang tengah blur masa tu, tukar plan..saja buat nak bawa balik kampung. ada anak-anak saudara yang suka makan kek kat kampung cuti sekolah ni..resepi dapat dari Mat Gebu. Banyak kali juga dah buat, salah satunya di sini..

 

Marble Buttercake 
Sumber Asal: Mat Gebu
 
Bahan2nya:
300 g mentega
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A --- aku guna 6 biji Gred C
1 camca besar ovallate
--- 15 gram
250 g gula halus
30 g gliserin**
20 ml air **--- aku guna 50 gm air

Caranya (loyang 9x9): 
1.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
2.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental.
3.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan 1 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
CikMat kata :- Kalau tak da gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


Sampai kampung maghrib dekat nak isyak, esok paginya dah habis  satu loyang..alhamdulillah

Note: Kebanyakkan entry aku schedule kan..jadi ada antara komen yang aku kadang sempat baca dan publish tapi aku jawab kemudian dengan kata lainnya lambat reply hehhe soriii...

 

Thursday, October 27, 2011

Plain Buttercake Bebop

Salam..
kek lagi yer..hehhe tapi kek ni sedap, dan setahu aku resepi buttercake ni memang popular dan ramai yg dah cuba dan tahu kesedapan nya..lama sudah resepi ni aku try dan simpan..


Resepi dari Bebop, aku ambil dari dapur MakLang kat sini..heheh alhamdulillah, dah beberapa kali buat, masuk dalam cup pun dah pernah, makan ngan blueberry pun dah pernah apalagi makan plain gitu jer..makan ngan cream cheese?..pergghh tak tahan..memang sedap kek dari resepi ni (bagi aku yg suka makan kek lah yer..:D)..Tq pada bebop n maklang sebab share resepi ni..sangat ringkas dan mudah, ding dong ding dong, dah siap terus bakar..tak caya, tengok resepi bawah nih..


Plain Butter Cake
Resepi asal : Bebop
Sumber: MakLang

Bahan A
250g butter
200g gula
210g tepung gandum } mklang guna self raising flour
1st baking powder }

Bahan B
5 biji telur
1-2 st esen vanila -- yang ni aku tambah
(*aku masukkan kelima-lima biji telur dalam bekas pastuh masukkan esen vanilla dan pukul/gaul sikit) 

Cara
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4-5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160 C selama 50-6- minit atau uji dengan lidi dengan cucuk di bhg tengah kek. Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.


Senang kan?..dah, pergi ler try heheh

p/s: harituh buat 1/2 adunan untuk masukkan dalam cup, aku guna telur 3 biji..adunan mmg cair sikit beza dengan 1 adunan yg guna 5 biji telur..tapi rasa & tekstur tetap sama..

Monday, June 13, 2011

Buttercake & alunan kasih

Salam..
order hujung minggu..hehhe ada eh?...saiz loyang 6x6"..


Resepi sama cam marble buttercake sini (1/2 adunan), cara2 alunan belajar dr blog maklang di sini ya..


Terima kasih banyak ana..

Tuesday, June 7, 2011

Marble Buttercake II

Salam..



Marble Buttercake lagi, pesanan dari officemate. Resepi kat sini. Thanks ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih