Tuesday, February 28, 2012

Laksa Penang

Assalamualaikum..
Buat laksa ni ahad hari tuh..untuk makan malam juga hehhe puas hati dapat makan banyak2..resepi dapat dari sini..kalau tengok kat gambar tu, lada besar2 sebab blander aku dah penat..jalan berhenti, jalan berhenti..akhirnya aku memahami dia yang penat..jadi aku biar je la lada-lada tu, tak paksa dah :D

Aku guna ikan kembung eh? ye ker?..kuttt..., belacan aku tak letak sebab kami-kami tak berapa sangat nak makan belacan macam eksen okeh..emm :) sebab nanti ada yang gatal hidung, muka gatal..diorang kitaorang ni kalau rasa atau bau yang pelik2 sikit, diorang tahu..cuma tak tahu benda apa eh?aku la tu yang tak tahu..orait..tapi resepi ni sedap..lagi-lagi mudah, memang la aku suka..lagi satu aku tumis sekejap..kejapp jee..tak jadi resepi lain kan?..heheh aku buat dalam separuh dari resepi di bawah..


Laksa Penang
Sumber: OhMalaysia (Amir Said)

Bahan-bahan (kuah) 10 orang
1 kg ikan selayang
20 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering
6 tangkai cili api
1 sudu kecil belacan
10 keping asam keping
10 cawan air
4 tangkai daun kesum
1 biji bunga kantan – dibelah dua
Garam dan gula

Bahan-bahan lain
Laksa beras cap Eka 1 kg
5 biji telur rebus – dibelah dua
Hirisan salad, bawang besar, cili api dan timun

Cara-cara
  1. Rendam laksa selama 1 jam, kemudian rebus sehingga lembut dan toskan.
  2. Untuk kuah, rebus ikan selayang sehingga lembut dan asingkan isinya daripada tulang. Guna air rebusan ikan untuk kisar tulang ikan dan kemudian tapiskan.
  3. Kisar isi ikan, bawang merah, cili kering dan cili api.
  4. Masak bahan yang dikisar di dalam periuk. Masukkan belacan, asam keping, air, daun kesum, bunga kantan, garam dan gula secukup rasa.
  5. Hidangkan laksa penang dengan ulam, telur rebus dan limau kasturi (optional).

Alhamdulillah dapat makan..terima kasih juga kepada tuan nya resepi Amir Said ni..

Monday, February 27, 2012

Nasi Lemak & Ayam Panggang Halia

Assalamualaikum..
Heheh buat Sabtu lepas. makan malam..


Nasi Lemak
Sumber: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi (mat guna beras Moghul), cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik --- aku tak letak sebab takda
1 1/2 inci halia, kerat 3 dan dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis secukupnya
Ikan bilis yang digoreng garing
Hirisan timun
Telur rebus, atau telur dadar
Kacang tanah goreng
Ayam goreng/Ikan goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras dan masukkan ke dalam rice cooker, tuang santan dan masukkan serai, daun pandan, bawang putih, bawang besar dan halia. Tambah garam (anggaran 1 camca teh), kacau hingga rata dan masak seperti biasa.
  2. Bila nasi betul2 masak, gemburkan guna chopstick, tapi pastikan jangan terlalu menggaul, nasi nasi patah2 dah tak lawa. Cukup sekadap 3 - 4 kali dikarehkan. Hidangkan bersama sambal tumis, telur, hirisan timun, ikan bilis goreng dan kacang tanah. Selamat menjamu selera..


Ayam Bakar/Panggang Halia
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
1 ekor ayam (saiz sederhana)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa 

Bahan Kisar:-
4 inci halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
3 tangkai cili merah 

Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!



Thursday, February 23, 2012

Carrot Cake Secret Recipe

Assalamualaikum..

Hehehee baru sedar diri yang kek ni bole tahan sedap..betul-betul balik keje semalam gagahkan diri pi singgah SR giant batu caves sekejap sebab betul-betul la nak rasa..akan dicuba resepi-resepi sampai dapat yang sama atau sipi2 pun jadi lah kan..ketepikan rasa cream cheese tuh..kek ini sedap bukan sebab cream cheese, tapi sebab memang sedap..perggh puji melambung nampak..


Gambar untuk diabadikan sebagai kali pertama makan kek lobak yang sedap..selama ni tak tergerak pun nak pergi SR semata-mata nak beli kek ini, selain cheesecake..tu pun zaman muda-muda masa tak tahu guna oven lagi..heheh


Ini kes tak sabar nak makan..tapi kena ambil gambar dulu, nanti terlupa pula struktur dia macamana..sangat moist kek ni..

Wednesday, February 22, 2012

Asam Pedas Ayam..

Assalamualaikum..

Pertama kali juga buat asam pedas ayam..hehhe memang dah lama nak try..petang semalam dapat la aku masak semangat lapar..tapi ringkas saja aku buat..



Asam Pedas Ayam
Resepi: Ozzyorange9768

Bahan-bahannya:
Sedikit minyak untuk menumis
*2 biji bawang besar
*3 biji bawang putih
*1/4" halia
*1/4" kunyit
*Segenggam lada kering (buang biji & rebus sekejap, basuh & toskan)
*1 sudu kecil garam
1 kg ayam (lebih kurang 8 ketul)
1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil asam jawa Adabi bancuh dengan 1 cawan air
Air secukupnya..
Sedikit serbuk perasa (optional)
Garam secukupnya
1 biji tomato (dipotong 6)

Cara-caranya:
1. Kisar semua bahan bertanda * & tumis sampai naik minyak.
2. Masukkan ayam, serai dan sedikit air. tutup periuk, biarkan hingga ayam masak.
3. Bila ayam dah cukup masak, masukkan air asam jawa dan tengok nak kuah banyak mana, tambahkan air kalau nak kuah lebih.
4. Perasakan garam & masukkan sedikit serbuk perasa.
5. Masukkan tomato. biarkan mendidih. tutup api..dah siap hehhe


mudah betulkan aku masak..hahha alhamdulillah dapat makan hehe emm aku suka ayam masak ni first time buat dah terus suka, buat sendiri plak tuh hehe ntah apa2 je ntah..sedap pada aku, tapi tak tahu pada orang lain..kalau ada yang tak suka, tapi tetap makan juga, tu tandanya diorang lapar tahap gaban hehhe

Carrot Cake --- 1st attempt

Assalamualaikum..
huhuhu first time buat carrot cake ni..carrot cake setakat ni bukan dalam senarai makanan yang aku nak  makan/telan. kalau ada kategori suka, tak suka, biasa-biasa je, aku nya stage letak kat antara biasa-biasa je dengan tak suka..maybe aku belum pernah makan yang sedap lagi kut..termasuk yang kat SR..tapi dah lama aku perhatikan..ramai yang suka dengan carrot cake ni..emm dari tak rasa nak cuba, jadi macam nak cuba..

1st trial ni, aku cuba satu resepi dapat dari blog ini..:) dan ini hasilnya..


Geleng kepala je..tengok gambar aku ngan gambar kat sana pun dah lain..salahkan diri sendiri je lah sebab banyak skip bahan hahahahha..ok ok..balik nanti aku nak singgah SR, semata-mata nak beli carrot cake kat situ..nak rasa..tengok beg jap..emm ok, cukup 1 slice..

Monday, February 20, 2012

Red Velvet Cake & The Gunners

Assalamualaikum..
Kak Yus order lagi untuk birthday anaknya..adik Aqili fan The Gunners..masa dapat order ni aku tergelak je..siap mesej fan tegar arsenal lagi kalau buat kek arsenal biru the blues ke sky blues ke ok tak. sekali dia jawab bole sebab baju away arsenal kan biru jugak lupa plak..emm terus malas dah nak layan..


Red Velvet Cake, dalamnya aku buat 3 layer..saiz 9..berat total >1.7 kg..harga sangat berpatutan :)

Terima kasih banyak-banyak kak Yus..harap puas hati & adik Aqili juga sukakan kek ni heheh sikit lagi nak buat 4-0 situh wahahha


Harap kek ni cantik dan sedap sepertimana cita rasa yang memandang dan yang memakannya..insyaallah..

Sambal Hiris

Assalamualaikum..
Ni lauk malam tadi..tak berapa nak ada mood..rasa pun tawar je..tapi makan bertambah emm geleng kepala..nak buat kek, tapi macam tak berapa rajin..ada beberapa resepi nak di cuba..antaranya carrot cake, kek buah..kedua-duanya aku kurang gemar sangat..tapi untuk kek buah, aku ada makan yang pada aku sangat sedap masa raya lepas..isinya peroi aku rasa aku makan lebih banyak dari tetamu makan wahahha..harap-harap resepi yang aku nak cuba nanti sedap..carrot cake pula memang aku belum pernah makan yang sedap dengan kata lain yang masuk ngan selera aku makan pun jarang sangat cemana nak tahu mana sedap mana tak sedap kan..tak pernah cuba pula yang kat SR nun..tapi aku ada jumpa resepi yang nampak macam sedap..hehe tu yang kena try tu...


Sudah la..terima kasih pada sesiapa yang sudi berkunjung..:)..

Thursday, February 16, 2012

Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum..
Buat hari tu..sebelum ni ada nampak di blog Madihaa. Resepi asal dari Ryo..huhu tak jadi macam diorg nyer sebab pun derhaka banyak (ikut dan cream cheese yang dah siap sedia dalam kotak ais tu)..pastu tak tengok balik asal kejadian yang sepatutnya macamana. Ingat je, terus buat..ish ish..dah tak mempersona jadinya..huhuhu


Tapi sedap, dan idea yang sungguh best untuk dicuba lagi..hehe



Monday, February 13, 2012

Banana & Chocolate Rice Cupcake lagi...

Assalamualaikum..

Pagi Sabtu semalam buat lagi hehhe saja nak habis pisang guna 2 ketul je pun..tapi kali ni aku kurangkan sedikit gula dan kurangkan juga chocolate rice. Atas pun tak tabur dengan chocolate rice tu..

 

Banana and Chocolate rice cupcakes *makes 10
Source: Kak Rose (My Kuali) 

Ingredients
125g butter, room temperature
80g caster sugar --- aku kurangkan jadi 75 gram
2 large eggs
1/2tsp vanilla extract
100g self-rising flour
80g mashed banana
30g chocolate rice --- aku kurangkan jadi 20 gram
For the topping-chocolate rice

Method
1. Preheat the oven to 180C. Put 10 paper cases in a 12 holes muffin pan.
2. Put the butter and sugar in a mixing bowl, and beat together until light and fluffy.
3. Add egg one at a time, combine well.
4. Add in the flour and mashed banana, fold till well combine.
5. Add in chocolate rice, mix well.
6. Spoon the mixture into the paper cases.Sprinkle chocolate rice on top.
7. Bake the cupcakes in the oven for 20-25mins, or until risen and firm to the touch.
8. Transfer to a wire rack and let cool.


Alhamdulillah, hasilnya disukai. Manis pun sedang-sedang elok sahaja..lupa nak bagi tahu hari tuh, resepi ni, aku masukkan dalam cup saiz 8, dapat dalam lebih kurang 19 ketul cupcake..:) 

Dah abis semua..makan berdua..ish ish..mana la nak kurus lagi..orait...jumpa lagi insyaallah..terima kasih..

Sunday, February 12, 2012

Nasi Ayam..emm mudah rupanya

Assalamualaikum..
Buat tuk makan malam tadi (Sabtu)..adik aku bakar ayam, tetiba je aku terfikir, eh, aku nak buat nasi ayam lah..hehe pastu terus ke dapur cari resepi yang mudah2 dengan harapan dapat buat nasi ayam yang sedap..jumpa la resepi dari sini Dapur Mamasya..sambal pula aku ambil dari sini Dapur Siti Muthiah, sup pula aku main masuk-masuk je, asal sedap rasa..hehhe ikut citarasa sendiri :) tapi tula, ada bahan yang takda kat dapur, jadi aku skip je..alhamdulillah menjadi juga..


Nasi Ayam Chef Wan
Sumber asal: My Little Kitchen

Bahan-Bahan Untuk Nasi:
1/2 cawan majerin - campur dgn minyak sapi --- aku guna butter sahaja
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul --- xda, jadi tak letak
4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan - guna beras basmati
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam --- guna pati ayam sahaja

Cara-Cara:
Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih,kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.  

Nota untuk diri sendiri: 
- Bawang besar aku hiris-hiris
- Bawang kecil dan halia aku titik2 sahaja
- Guna beras biasa, 3 cawan (cawan beras), air nya 5 1/2 cawan (cawan beras)..
- Air rebusan tuh aku didihkan air, kemudian masukkan 1 1/2 kiub pati ayam maggi..tak perlu garam sebab pati ayam dah bergaram

Sambal
Sumber: Dapur Siti Muthiah 

Bahan-bahan:
1-2 tangkai cili merah
Bawang putih
1 hiris halia (sedikit maaa)
Cuka --- xda, jadi tak letak
Gula

Cara membuatnya:
1- Tumbuk/ blender cili merah bersama dengan bawang putih dan halia
2- Kemudian, masukkan cuka dan gula... Siap...

Nota untuk diri sendiri: Cuka takda, blend bahan-bahan dengan sedikit sup, perasakan dengan gula, garam dan sedikit sahaja serbuk perasa.

Sup kosong

Bahan-bahan:
1/4 biji bawang besar
1/2 - 1 biji bawang putih
1/2 cm halia
1 sudu besar serbuk perencah sup ayam adabi
1/2 kiub pati ayam maggi..
Garam
~ 2 cawan air

Cara-caranya:
Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau
Masukkan air, biar mendidih
Masukkan pati ayam dan serbuk perencah
Perasakan garam nya
Biar mendidih sekejap dan siap...


Alhamdulillah..dapat makan malam tadi..sambal tu aku guna sebiji cili besar merah, ngan beberapa biji cili api hahhaha pedas membara sungguh..hasilnya aku kena letak gula lebih..tapi boleh tahan jugak rasa dia walaupun sangat simple. Resepi ayam bakar tu adik aku yang buat. aku cuma masukkan dalam oven je. aku dah tanya gak resepi tadi..dia kata dia masukkan je apa yang ada kat dapur tu..

Ayam Panggang Anato

Bahan-bahan:
Bawang besar, bawang putih, lada hitam, lada putih, lada hitam & putih ajishio, serbuk kari sikit (lebih kurang 1 sudu), serbuk pati ayam maggi sikit, madu 2 sudu, gula & garam..

Caranya:
Semua bahan-bahan tu dikisar sekali. Kemudian perap ayam dengan bahan-bahan tadi..adik aku tadi perap 5 jam heheh bakar sehingga masak suhu 200degCel api atas sahaja..tadi bakar selama 1 1/2 jam (tengok saiz ayam)..dalam masa pembakaran tuh, ada beberapa kali balik-balik ayam..Setengah jam terakhir sapu ayam dengan madu


Alamak..panjangnya..patut rasa cam penat je..heheh orait jumpa lagi..terima kasih sudi berkunjung ke sini ya..

Banana & Chocolate Rice Cupcake

Assalamualaikum..

Cupcake ni buat malam Jumaat hari tu. Resepi dapat dari rumah Kak Rose lagi..:) thanks Kak Rose, serupa macam marble chocolate cupcake, resepi asal juga dari blog Sonia Nasi Lemak Lover..

Sekejap je membuatnya. Senang dan mudah juga..yang paling penting sedap dan aku recommend kat siapa-siapa yang suka mencuba. Kepada yang tak rajin nak buat tapi nak makan pun aku recommend sebab memang mudah dan sangat sedap..insyaallah


Banana and Chocolate rice cupcakes *makes 10
Source: Kak Rose (My Kuali) 

Ingredients
125g butter, room temperature
80g caster sugar
2 large eggs
1/2tsp vanilla extract
100g self-rising flour
80g mashed banana
30g chocolate rice

For the topping-chocolate rice

Method
1. Preheat the oven to 180C. Put 10 paper cases in a 12 holes muffin pan.
2. Put the butter and sugar in a mixing bowl, and beat together until light and fluffy.
3. Add egg one at a time, combine well.
4. Add in the flour and mashed banana, fold till well combine.
5. Add in chocolate rice, mix well.
6. Spoon the mixture into the paper cases.Sprinkle chocolate rice on top.
7. Bake the cupcakes in the oven for 20-25mins, or until risen and firm to the touch.
8. Transfer to a wire rack and let cool.


Aku guna 2 ulas pisang sahaja yang panjangnya lebihkurang 10 cm..berat ~80 gram..Sangat lembut walaupun dibiarkan lama di luar..dan cepat je habisnya..hehhe tapi adik aku sorang kata manis..emm next prodcution aku kurangkan gula..

alhamdulillah..

Thursday, February 2, 2012

Marble Chocolate Cupcake

Assalamualaikum..
Ini buat semalam kepada semalam heh..tengok resepi sangat senang je..dapat dari blog Kak Rose. Tapi aku buat jadi cam muffin pula sengaja heheh gula caster takda eh ye ke? jadi aku guna gula biasa. Tak dissolve ecewahh sangat..nampak tak ketul-ketul gula tuh wahahha bila makan krak kruk gula heh..Anyway ecewahh lagi terima kasih Kak Rose sebab berkongsi resepi mudah. Saya letak sini supaya mudah nak refer balik kalau teringat nak buat lagi nanti ya..


Marble Chocolate Cupcakes  
*makes 12 muffin size
By: Sonia
Source: Kak Rose

Ingredients
150g soft margarine (or replaced with butter )
150g caster sugar
3 eggs (medium)
200g self-raising flour
2tbsp milk

55g semisweet chocolate, melted (or replaced with cocoa powder)

Method
1. Using a handheld mixer, beat together margarine, sugar, eggs and flour until just smooth.
2. Divide the batter between 2 bowls. Add the melted chocolate to one bowl and stir until well mixed.
3. Using a teaspoon, and alternating the chocolate batter with the plain batter, fill ¾ full of paper case.
4. Bake the cupcakes in a pre-heated oven at 180c for 25mins, or until well risen and springy to the touch.
5. Transfer to a wire rack and let cool.


Cup biasa yang size 8, aku dapat dalam 19 cups penuh-penuh gitu..hehhe pada aku rasa dia biasa2, pada aku la kan..sedap makan masa panas. Ataupun makan ngan nescafe panas buat sarapan..:D Jemput tengok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih