Friday, December 27, 2013

saya dah balikkk! :D

Assalamualaikum & salam sejahtera...


pergghh lama la sangat tak baking. bukan sebulan cutinya, tapi dekat 3 bulan ngeh ngeh..errr..tapi cuti pun tak sempat nak buat announcement...iiyyah alasan nya tak lain dan tak bukan sebab ada masalah tenikal dalam masa yg sama ada kerja yang lebih penting yang perlu saya selesaikan..

Jadi hari ni, nak beritahu pesanan kek perkahwinan, kek hari lahir atau apa sahaja kek sudah boleh dibuat kembali..insyaAllah

Untuk permulaan, buat carrot cake & cream cheese ni td..

Tapi nak beritahu awal2, kami tak recommend customer letak m&m atau gula2 yang sewaktu dengannya atas creamcheese sbb nanti warna2 m&m tu luntur jadi creamcheese akan comot. kalau nak juga, boleh beli kek kosong tanpa hiasan dan anda beli dan tabur sendiri m&m sejurus sebelum kek dipotong ya..

Dengan buttercream biasa, gula2 ini tiada masalah insyaAllah

p/s: err..ini copy paste (^_^ ")

Sunday, November 24, 2013

Bila Doktor Gigi Membebel...

Assalamualaikum.. hehe apa kaba semua orang..malu ai sbb lama tak masuk entry hihiihi
gambar dari whatsapp
Takda kek takda resepi lagi, apa pun takda..(^^,) cuma nak share je hari tu nampak entry dari doktor gigi..aku pun tak reti nak ulas banyak sebab tak berapa bijak bab gigi. tapi apa punca2 gigi sensitif yg beliau catatkan tu semua aku buat ngeh ngeh..ada terangkan kenapa rasa ngilu siap gambar semua lah. best rasa sebab boleh faham. :D..

share sini nanti aku cari balik senang. 

 

Thursday, October 10, 2013

Jangan fobia dengan senyuman

Salam..post pertama nak hilangkan rasa fobia heh


nota: fobia tak hilang lagi. beberapa gambar tertangguh2 lagi..

Monday, September 30, 2013

Adab memberi komen

Salam..
semalam atau beberapa hari lepas, aku ada terbaca pasal adab memberi komen. kalau tak silap aku di facebook. tapi hari ni  tak tau plak mcmana nak cari balik..

emm..abis tu aku nak buat entry apa ni?...ok, straight to the point. aku memang dari dulu agak tak berapa suka dibanding2kan dengan orang lain..tak kisah lah dalam bekerja ke dalam belajar ke dalam pembuatan kek ke dalam menghias kek ke etc..samada dari sudut memuji atau dari sudut kononnya nak beri keyakinan atau kemajuan diri..sedangkan bila orang memuji pun aku rasa rimas..

pernah ke ada orang bertanya atau kata pada korang, 
'eh, ko taknak ke ambik gambar cantik2 mcm si polan dan si polan tu?' 
'awak, awak taknak hias kek cantik2 macam kakak tu ke?..'..
'awak amik gambar cantik macam dia ambil gambar'
'ko ni cubalah buat cantik sikit macam dia!'..(sekali aku tunjuk gambar yang sama dari sudut lain, 'terkedu' terus)
'kerja ko yang ni dah bagus tapi sikitt je yang kurang. .ko taknak buat mcm si polan tu ke?'

aku tak tahu orang lain, mungkin dengan rasa dan penerimaan yg berbeza, tapi aku sangat tak termotivasi dengan kata2 macam ni. malahan buat aku rasa down..dan rasa yang aku tak boleh nak elak adalah rasa tak suka..(kecuali kalau adik2 yg cakap).


nota: gambar dari facebook. takda kaitan dengan entry ni tapi ada kaitan dengan kesan dari baca entry ni.

nota 1: ini bukan setakat blog peribadi

nota 2: harap faham 

nota 3: harap maaf

nota 4: tak puas hati ni, apsal torres dapat kad merah grrr...eh?

Wednesday, September 25, 2013

Dont think too much..

Salam...
 

note: mcm best je publish entry kosong, pastu update sikit2 dari semasa ke semasa (eh, betul ke ayat ni?)..ok, sekarang pukul 1 tengahari..nak tidur (^^,)

Thursday, September 19, 2013

Red Velvet Cake no 2 & Hello Kitty


Assalamualaikum...
hehe bagi warming up dulu lah eh..




nota suka2 hati: boleh je kalau nak compare kan dengan product orang lain. tapi sila simpan sendiri dalam hati. pernah ke ada orang makan kek dari baker's cottage atau king's then mengharapkan rasa kek itu setanding @ yang lebih sedap dari Secret Recipe dan harga mesti lagi murah..?

nota2 lagi: yes, it's look easy. you try it first but then dont show me the results because i just want you to know the 'journey to the success' heh

nota lagi: untuk Cik ta, insyaAllah

lagi2 nota: ok, nonsense.

nota tambahan: heh..nota suka2 hati kat atas, tiada kaitan dengan kek ni yo heh..

Thursday, August 15, 2013

Moist chocolate cake

Assalamualaikum..
salam aidil fitri pada semua..lama dah sangat tak da entry kan..sila rujuk entry yg lepas2 kalau nk tahu kenapa...:|

hari ni rasa sedih, takut bercampur baur..dengan status di Mesir, dengan kekuatan rakyat mereka, dengan perjuangan mereka..dengan diri sendiri yg ntah hapa2 ni..amal tak ada, dosa melambak, dakwah jauh sekali walau tahu anytime bole dijemput pergi..

tetiba je rasa nak share resepi moist chocolate cake ni..walaupun hari ni ada dengar dialog 'ni bukan moist chocolate, ni american chocolate cake'..heh..sengih jelah..nak kata apa lagi selain 'pandainya org yg berkata2 tu'..macam pakar kek coklat giteww..eh? ke memang pakar?...

moist choc banyak resepi dear, ada guna minyak, ada guna butter, resepi pun lebih kurang sama je..ada american choc cake, ada german choc cake dll..ada kukus, ada bakar..struktur kek yg kadang resepi lain, struktur nampak mcm sama. struktur guna butter lain ngan struktur gua minyak atau melted butter, guna susu lain dengan hasil guna air biasa..guna air panas pun ada yg guna air sejuk..pernah buat sekali semua resepi and bahan sama, suhu pembakaran lain..dah struktur kek jadi lain (sangat lah moist n sedap, tapi kek tak test/validate lagi suhu berapa sebab semua jadi masa oven rosak (bole?), jadi tak berani nak jual kek tu dan bagi org rasa. makan sendiri je.. kang org nak order kek sebijik macam tu, mana aku nak cekau kan?)..kadang warna kek pun lain, ada yg warna coklat, ada yg warna dekt2 hitam..emm dah lah, hal kecik je pun..tapi nak bagitau gak kat sini heh..hai faiz, emosi nampak? tak bole ditegur dah? cemana nak maju?..kannnn...?..okla oklah..american choc cake pun american choc cake lah..

ini resepi yg aku buat untuk jual..insyaAllah sedap dan puas hati..tapi macam buttercake yg lain, akan jadi lebih moist selepas 1 hari ya..kdg2 2/3 hari bertambah2 moist..macam kek raya baru ni, raya ke2 ke ke3 baru aku puas hati dengan kelembapannya..semuanya dengan izin Allah

jangan lupa masa buat ni ni, baca banyak ayat 200 surah al imran ya...doa banyak2, ya Allah..jadikanlah kek ini sedap dan cantik seperti mana citarasa sesiapa yg memakan dan yg memandangnya insyaAllah

Moist Chocolate Cake
(Saiz 9")
Bahan Kek:
*250 gram Tepung Superfine (tepung gandum pun bole)
*40 gram serbuk koko
*2 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil sodium bikarbonat
 

250 gram butter
235 gram gula kastor
3 biji telur saiz A
1/2 sudu makan french vanila -- guna esen vanila biasa pun bole, tapi kalau yg star brand u cair sangat..digalakkan beli yg pekat sedikit seperti yg di jual kat kedai jual bahan2 bakery.
 

300 gram susu segar -- (aku guna susu HL perisa vanila, kalau guna perisa coklat, kek jd keras sikit)

 Caranya:
1. Ayak bahan2 bertanda*.
2. Pukul butter dan gula sampai betul2 kembang (dan putih).
3. Masukkan telur sebiji, putar sampai rata lebih kurg 1 minit. kemudian baru masukkan lagi sebiji dan putar sampai rata lagi. masuk lagi sebiji, putar rata lagi.
4. Masukkan esen vanila. putar sebati.
5. Kemudian masukkan bahan ayak diselang selikan dengan susu (pastikan selang seli tu berakhir dengan bahan yang diayak untuk elak adunan berketul). -- biasanya aku buat 3 kali tepung, 2 kali susu.
6. Masukkan ke dalam loyang.
7. Bakar pada suhu 180degC selama 50-55 minit atau sehingga masak. -- kukus pun boleh, lebih kurang 1 jam, struktur kek seingat aku sama jadinya

note: susu tu nak tukar dengan air biasa pun bole, kek akan jadi moist sangat.

untuk resepi ganache, 1 bahagian non-dairy whipping cream (aku guna jenama vivo atau mauri): 1 bahagian coklat compound (aku guna beryl's)..double boil sama kacau whipping cream to sampai panas, bole titikkan kat tapak tangan nak tahu dah panas ke belum. pastu masukkan coklat compond yg dah dicincang atau dipotong kecil2. kacau sampai larut..angkat dan biarkan sejuk dan pekat (tengok juga suhu persekitaran, kalau mendung je, cepat lah pekatnya..kalau panas..lambatlah pekatnya)..bole curah atas kek yg dah sejuk ok..

gambar boleh refer 2 link di bawah ni:

http://ozzyorange9768.blogspot.com/2012/10/classic-moist-chocolate-cake.html dan

http://ozzyorange9768.blogspot.com/2011/03/moist-chocolate-cake.html

Tapi kalau korang buat tak jadi, jangan putus asa, buat lagi sampai jadi heh
semoga bermanfaat..terima kasih..

 

Wednesday, June 19, 2013

Moist Walnut Carrot Cake

Assalamualaikum..
lama juga blog ni ditinggal-tinggalkan kan?..agak sibuk beberapa minggu ni..beberapa kali sabtu ahad kerja akibat dari time management diri sendiri yg tak betul..semua persediaan untuk audit..agak stress tapi masih terkawal..target audit minggu ni, sekali isnin lepas bos bagitau auditor dari Biro Farmaseutikal datang bulan July nanti, awal puasa..

Tak tau nak suka ke tak, tapi alhamdulillah sebab pagi isnin tu memang aku berdoa minta pada Allah untuk dorong auditor tu datang hari lain. cumanya tak sangka sampai ke July. Tapi takpa, aku yakin, perancangan Allah sangat baik..

Ada juga dapat order kek dua tingkat, hujung minggu ni..memang aku idam2kan nak buat..memang aku minta pada Allah..alhamdulillah..tapi mak ngan abah nak buat kenduri kat kampung minggu ni, kalau tak da kenduri pun adik nak ajak mak gi shopping untuk raya, aku adala sekali..hehe jadinya aku pilih untuk balik kg, lagipun bulan ni aku belum balik lagi..order tu aku terpaksa tolak..takpa, perancangan Allah sangat baik..

Bawah ni moist carrot cake order by kak sue dan minta hantar ke kajang untuk 'surprise'kan birthday adiknya kauthar..memang surprise la bagi aku sebab satu aku tak tahu tempat tu walau dah google map banyak kali and lama2...rupanya taman perumahan baru...alhamdulillah, Allah tolong..masa aku nak masuk kereta nak hantar, adik aku balik keje..hehhe aku ajak dia sekali teman aku..

 

Saiz 7"..kreatifkan tulisan tuh wahahha

Aku minta maaf, sebab harga moist walnut carrot cake yg aku jual memang mahal sikit..walnut dan kismisnya banyak..insyaAllah anda semua boleh cari resepi di blog ni dan teliti..ya..semoga kek ini cantik dan sedap sepertimana citarasa sesiapa sahaja yg memandang dan yg memakannya..



p/s: sedar tak sedar atau memang tak mahu sedar, kita milik Allah..semua di sekeliling kita yg kadangkala kita tanpa malu mengaku sendiri punya juga milik Allah..kita di beri pinjam sahaja..wahai Allah, fahamilah diri ini tentang Islam..berilah kami iman

Wordless entry - Snow cheese cake

Assalamualaikum..

 

Masih dalam peringkat percubaan resepi..ada yg kata sedap, ada yg kata kurang tapi bila makan sejuk2 sedap..tapi pada aku mmg tak sedap hahhaha terus terang kan..resepi kek ambil dr blog, resepi krim tu sendiri..bukan salah siapa2..kan percubaan, semuanya dipertimbangkan..yg penting deco kena attractive baahahhaha

 

Thursday, June 6, 2013

Butterfly Cake

Salam..
ni lagi satu kek yg belajar hari tuh..dah sebulan lebih dah baru nk masuk entry..tapi dah letak kat Page OzzyD'luscious lama dah..perasan tak kepak rama2 tu patah..aku yg terpatahkan masa nak bawa turun dari rak heheh

kali ni semua kek-kek yg aku buat dalam kelas aku tak bawa balik rumah..bagi kat cikgu ja..biar cikgu display kat kedainya..aku bawak balik pun tak terjaga..rumah kami takda banyak ruang untuk benda2 macam ni..ruang2 yg ada hanya untuk benda2 asasi je.

 

Bulan lepas aku rasa sangat sibuk..(aku yg rasa..)..last buat kek 18 may. weekend depannya gi johor bahru, abang aku buat kenduri..isnin hingga rabu lepas tu, ada plak training 3 hari risk management..huwaaa aku tak suka benda ni..(macamana nak pandai, awal2 dah cakap tak suka)..sebenarnya, training ni patutnya bos aku yg attend, tapi sebab dia gi umrah..aku yang menjadi galang gantinya..pastu dia balik, aku kena train dia pulakk..ah sudah..lagi tertekan aku huhu

weekend depannya lagi balik muar, hantar abang aku gi klia, kemudian balik muar bawa makabah n anak2 sedara. Abang aku minta tolong bawak anak2 diaorg gi taman mainan..aku kata okeh. esoknya pergi la, tapi aku bukan bawak gi taman mainan, aku cuma bawak diorang gi giant, dalam giant tu kan ada tempat budak2 main..hehehhe lepas gi borong barang2 kat giant, aku suh diorang main kat situ..tapi sekejap je diorang main, bila aku tanya, kakak kata 'tak best'..hahhaha nak gi tanjung emas tu plak dah jem and dah petang hakhaks nasiblah diorang dapat mak sedara macam ni.

Ahad esoknya masa balik serdang dari muar, jem yang amat la hai..tak terkata aku..aku ingat nak lalu lekas highway, sekali tol senawang pun dah jem..jadi aku terpaksa la pusing masuk highway plus..dah buang dekat sejam dah..huh..penatnya sampai rasa fobia ngan jem2 ni..baik gi keje 2 minggu cuti sekolah nih jalan tak sesak sangat. Tapi kalau waktu balik  keje, aku memang balik lambat sebab nak elakkan jem teruk jalan duta & jalan istana. jem teruk sebab 3 lane jadi 2 lane kat jalan istana tu..

k lah, dah panjang aku merepek. sebenarnya nak bagitau aku penat, jadi takde entry banyak cakap mcm dulu2 ngeh ngeh..

p/s: balik kg setip minggu?..kalau datang angin kitaorg, dan Allah izinkan, memang balik lah..

Tuesday, May 28, 2013

Red Velvet Cake with Edible Image - Upin Ipin

Assalamualaikum..
Ad hoc order dari Najah..huhu Niza sangat baik sebab boleh print kan edible image dan HANTAR..hehe service mmg lebih dari sangat baik..tapi lepas ni tak nak lagi ad hoc order untuk edible image..strictly 4 days before pickup date ya. maknanya, kalau pick up kek hari jumaat, hari isnin dah kena confim order. kalau pick up sabtu, hari selasa dah kena confirm order..


Red Velvet Cake..creamcheese..bunga2 tu saja je aku buat tanpa permintaan..kehkeh harga lain dengan permintaan..:P


Pick up di Shell Bandar Baru Bangi bersebelahan dengan SOHO..


Tq Najah..sebelum ni, bulan februari najah ada order moist carrot cake..alhamdulillah..

3 tiers Wedding Cake with Gazebo

Assalamualaikum..

 


Belajar di The Dessert Table Mutiara Damansara. Untuk anda yang mahu belajar buat kek seperti ini, bole hubungi 03-7499 4794..:D

Untuk harga atau/dan tempahan kek ini, bole sms/whatsapp saya di 0192819768 ya..terima kasih..

Monday, May 13, 2013

Ladies Accessories Cupcake

Assalamualaikum..
Ni pesanan dari Niza..bos niza order untuk pertunangan anaknya..

 

 

malu nak tunjuk letak kat sini, tapi untuk record dan keyakinan untuk diri sendiri yg satu masa nanti aku akan buat lebih baik dari ini..insyaAllah

Terima kasih Niza.

 

Sunday, May 12, 2013

Red Velvet Cake: Large Size with Edible Image

Assalamualaikum..
Terima kasih korang yg datang2 jenguk sini..ni Red Velvet Cake. Saiz 18x12x3"..order dari Suzie..sebelum order yang ni, Suzie ada order Red Velvet Cake juga tapi Princess Cake..


 

Terima kasih Suzie..maaf banyak2 atas segala kekurangan..

 

Princesses Cake - Edible Image

Assalamualaikum..
Ni pula pesanan dari Fiza, buttercake perisa coklat dan vanila, disusun berselang..tapi aku lupa filling apa laarr!! (tetiba je ada tanda seruan..eh?..) huh..ni kek bulan lepas punya heheh memang la lupa, whatsapp ngan fiza pula terdelete sekali masa kemas2 conversation harituh huhu..

 

emm..malu plak tengok princess sorang tu, jadi aku pakaikan baju 'sikit' :D..eh?adala dalam facebook..ok, filling bluebery..saiz 9x9"..

 

Pick up di depan balai polis pandan perdana.

 

Terima kasih banyak2 Fiza, tak kenal saya tapi percaya nak pesan kek dengan saya..Allah yang aturkan segala2nya..Alhamdulillah

Moist Chocolate Cake: Biru Putih Damai Ehsan

Assalamualaikum..
Pesanan dari Kak Yus..Moist Chocolate Cake..filling dalam chocolate ganache..ada 3 pemain bola atas kek, tapi bagi je kat kak yus untuk letak kemudian masa nak potong..


 

Terima kasih banyak2 Kak Yus..
 
 

Tuesday, April 16, 2013

Princess Cake - Red Velvet Cake

Assalamualaikum..
Order Suzie dari Ampang, pick up di Ampang Point hari Sabtu 30mac lepas..hehe dah setengah bulan baru nak update ye..

Masa hari sabtu ni aku plan nak pergi servis kereta. Jadi sebelum pergi pusat servis kereta perodua kat seri kembangan tu, aku dah siap buat bentuk skirt dan dah crumb coat dengan krim dah (cream cheese)..pastu aku pun pergi la dengan harapan dapat nombor awal. kalau dapat nombor awal, leh siap awal kan..padahal masa tu dah nak kul 8 kut..lambat dah tu

eh jap, pusat servis perodua hari sabtu akan ambil 30 kereta sahaja tau untuk di servis. jadi kena pergi pagi2 untuk ambil nombor takut habis.

Sekali hah! dapat no 17 (kalau tak silap aku la, tapi belas2)..adeh, macam tak leh nak siapla awal la kan..lepas je inspector/officer diorang cek, aku ambil slip and balik rumah jalan kaki..kul 12.30 paling lewat kena datang ambil sebab hari sabtu tutup pukul 12.30pm..


perggghhh...mak aiiii penattt nya..jauh beb..tapi aku tak sure berapa km, nanti aku update..2-2.5km rasanya..adik2s takda semua huhuhu tapi dulu penah gak jalan kaki macam ni tapi takda la penat sangat, maybe sebab faktor usia atau badan yg bertambah beratnya atau memang dah lama tak exercise..sian aku..padan la muka.  orang suh jogging, tak mau..

Sampai rumah lepak jap, baru sambung..semua tu cream cheese kecuali baju, bunga kat rambut, tulisan, bunga keliling merah putih dan daun itu krim biasa..

 

Then, dah nak kul 12 ni, tapi perodua tak telefon pun..aku pun telefon la, diaorang kata dah nak siap/mungkin dah siap lebih kurang macam tu lah ayatnya tapi maksudnya macam tak pasti lagi..tapi aku pergi la juga, jalan kaki lagi sekali..huhuh nak menangis..jauh je rasa..alhamdulillah..sampai je, adik kat kaunter kata baruu je siap..lepas tu rasa macam..nikmatnya ada kereta..


Pastu balik rumah ding dong ding dong, pergi hantar kek ni ke Ampang Point...memang nak dapat dugaan hari tu..jemmmmm sangat sangat di MRR2..dari simpang lebuh raya shah alam  nak masuk mrr2 sampai la simpang ke shamelin yg memang sedia jem tuh..jem 3 lanes jadi 2 lanes sebab ada pemasangan iklan atau betulkan board iklan..jauh beb..penat kaki beb...

 

Kesian Suzie, lama dia tunggu 1jam lebih sampai..aku sampai rumah je balik tuh, lepas asar kul 5 lebih, terus tidur tak sedar apa. pukul ~8.20pm tesedar terkejut terus pi maghrib..alhamdulillah Allah kejut..

Macam biasa, harap2nya kek ini sedap dan cantik seperti mana citarasa sesiapa sahaja yg memakan dan yg memandangnya..semuanya dengan izin Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih