Monday, September 30, 2013

Adab memberi komen

Salam..
semalam atau beberapa hari lepas, aku ada terbaca pasal adab memberi komen. kalau tak silap aku di facebook. tapi hari ni  tak tau plak mcmana nak cari balik..

emm..abis tu aku nak buat entry apa ni?...ok, straight to the point. aku memang dari dulu agak tak berapa suka dibanding2kan dengan orang lain..tak kisah lah dalam bekerja ke dalam belajar ke dalam pembuatan kek ke dalam menghias kek ke etc..samada dari sudut memuji atau dari sudut kononnya nak beri keyakinan atau kemajuan diri..sedangkan bila orang memuji pun aku rasa rimas..

pernah ke ada orang bertanya atau kata pada korang, 
'eh, ko taknak ke ambik gambar cantik2 mcm si polan dan si polan tu?' 
'awak, awak taknak hias kek cantik2 macam kakak tu ke?..'..
'awak amik gambar cantik macam dia ambil gambar'
'ko ni cubalah buat cantik sikit macam dia!'..(sekali aku tunjuk gambar yang sama dari sudut lain, 'terkedu' terus)
'kerja ko yang ni dah bagus tapi sikitt je yang kurang. .ko taknak buat mcm si polan tu ke?'

aku tak tahu orang lain, mungkin dengan rasa dan penerimaan yg berbeza, tapi aku sangat tak termotivasi dengan kata2 macam ni. malahan buat aku rasa down..dan rasa yang aku tak boleh nak elak adalah rasa tak suka..(kecuali kalau adik2 yg cakap).


nota: gambar dari facebook. takda kaitan dengan entry ni tapi ada kaitan dengan kesan dari baca entry ni.

nota 1: ini bukan setakat blog peribadi

nota 2: harap faham 

nota 3: harap maaf

nota 4: tak puas hati ni, apsal torres dapat kad merah grrr...eh?

1 comment:

ANIM said...

susah juga nak berdepan dengan komen camni..
walhal kita tak nak jadi oranglain, nak jadi diri sendiri,
camna yek...tutup telinga jelah kan???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih