Hehehheh sebelum puasa ni..buat la benda2 yg rasa2 macam nk makan..:)
kek adalah kek mudah, coffee chocolate cake, filling tu aku letak blueberry sikit..
Coffee Chocolate Cake
Sumber: Ozzy Cake D'Luscious
Bahan2:
125g mentega
120g gula
2 biji telur gred B
125g tepung kek*
20g serbuk koko*
1 st serbuk penaik*
1 st sodium bikarbonat*ayakkan bersama
1 st nescafe**masukkan ke dalam campuran tepung yg diayak, gaul rata
3/4 cawan air
Cara2nya:
1. Pukul mentega ngan gula sampai kembang
2. Bila dah kembang, masukkan telur satu per satu dan pukul sebati
3. Masukkan bahan2 yg diayak td selang seli ngan air (make sure tepung masuk akhir sekali supaya tak berketul2)
4. Masukkan dalam loyang yg dah beralas/gris, bakar 45min 180degC..
untuk Creamcheese
Sumber: Ozzy Cake D'Luscious
Bahan2nya:
250g creamcheese (aku guna Philadelphia) - biarkan di suhu bilik
130g gula halus
5g gelatin (halal)*
20g air panas* dilarutkan dan sejukkan
250g whipping cream (aku guna yg non dairy/utk topping)
Cara2nya:
1. Pukul creamcheese bersama gula hingga tidak berketul2
2. Masukkan larutan gelatin dan gaul rata
3. Masukkan Whipping Cream dan gaul sebati
Pastu, lapis kan kek-krim-kek atau buat cara mana yg korg suka, filling bole letak taknak pun takpe..simpan dalam petiais dan biarkan 6 jam atau lebih...
Korang bayangkan sendiri la rasa dia cemana..hehhe coffee chocolate cake, lapiskan ngan creamcheese, letak blueberry filling lapis lagi ngan creamcheese ngan kek..:D
hehhe...ada resepi tertentu yg letak air coffee atas kek sebelum lapiskan dengan creamcheese tuh, tapi aku lebih suka yg macam nih...emmm...tak sabarnya nak balik nak makan byk2..
2 comments:
eh faiz ko pakai cawan pecah ek?...hehe... eleh setakat tiramisu... nasib la tekak aku ni tak bape leh terima... hehehe...
hahhaha betul ke aku tak kena tipu niy....wahhahaha
Post a Comment