Monday, April 18, 2011

Donut kentang..


Salam..semalam buat donut kentang :)..amik resepi dari blog kak tun sweettouch, resepi asal donut kentang dari kak Ros Jintan Manis, tapi kak tun buat donut keledek..ini je la gambar yang ada. resepi ni aku leh dapat dalam 13 ketul donut saiz sederhana..


sangat mudah, mcm biasa aku selagi boleh guna mesin wahahha uli guna spiral whisk tuh.

Donut Kentang [by Ros Jintan Manis sumber: Rabiatun@Sweettouch]
Bahan2nya:
250 gram tepung gandum ---aku tambah lg 10g masa menguli
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek (lebih kurang 2biji kentang saiz kecil) ---1bj cukup bg aku
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam ---aku terus letak 80g heheh
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis (1 1/2 sudu kecil)

(susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sangat, nanti donut meresap minyak bila digoreng)

Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. ---mcm biasa aku guna mixer yg whisk bentuk spiral tuh jer
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. ---aku tutup ngan tuala basah
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. ---aku guna gula icing

aku suka donut nih ada cam bau2 kentang sikit, and ni 2nd time donut aku menjadi. tapi yg 1st time hari tuh guna resepi lain..sedap jugak.
Terima kasih banyak2 kepada penyumbang resepi sedap nih, sedapp..aku suker. biasa la benda aku suka suma sedap hehe


 

Tuesday, April 12, 2011

keria..emm sedapnya

salam..heheh keria pun nak masuk..buat sendiri tau utk supper mlm td & sarapan pg tadi wakakaka


heheh org lain nyer lagi sedap agaknya. aku buh tepung sikit jer,secukupnya utk membentuk & sbb xnak bg keras ngan nak bagi rasa keledek..jd lembut emm sedapnya


Bentuk mmg aku buat camtuh hehhe

 

Monday, April 11, 2011

Roti Boy (Mexican buns)

Salam,
Buat minggu lepas..ambil resepi dari resepi diana kat sini. wah..best nyer rasa..adunan nih utk 17 ketul, aku buat bagi jadi 9 ketul wakakka besar sangat jadinya. aku tak uli guna tangan, cuma guna mixer biasa tapi guna yg spiral whisk..



Tengok resepi macam susah & byk keje, tapi sebenarnya mudah jer, pas nih aku plan kalau nk buat, nak sediakan dulu bancuhan topping ngan inti sehari sebelum.


Roti Boy (Mexican Buns)
Resepi aku ambil dari http://resepidiana.blogspot.com/:

Bahan untuk Inti
100 gram mentega bergaram dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang ---aku guna gula biasa hehhe

Bahan untuk Topping
100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi ---aku tak bubuh, tak sukerr hehe
100 gram tepung serbaguna, diayak

Bahan untuk Doh Manis
500 gram tepung roti diayak ---yg ni mesti ayak!!jgn malas
20 gram tepung susu diayak ---ada anlene jer kat umah, jd aku guna je lar..
75 gram gula kaster ---aku guna gula biasa je jugak hehhe
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air) ---dan sebaliknya
60 gram mentega, dilembutkan

Cara untuk Intinya
Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati.
Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. ---aku buh dalam piping beg je
Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.---abaikan step nih kalau dah buh dalam piping beg

Cara untuk Topping
Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan esen kopi.
Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati.
Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Doh Manis
Campurkan tepung & susu yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit.
Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin.
Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). ---aku buat >100 g dpt 9 bhgn hohoho
Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara untuk membuat Roti Boy 

Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

Friday, April 8, 2011

Coklat Hantaran Mix

salam..
Coklat hantaran pesanan dari faizah, pick up di giant batu caves hari ni insyaAllah --bertukar, jumpa di petronas sahaja, alang2 adik faidah isi minyak, aku singgah sekali hantar situh..pick-up point seperti yg diwar2 kat header tu tak semestinya tetap di situ. tetapi akan/bole ada kelonggaran (di dalam lingkungan kawasan tersebut) mengikut kemudahan/keselesaan yg mengambil..


tema hantaran sebenarnya warna pink, tapi faizah tak mahukan white chocolate yg berwarna. Jadi ini lah yg terhasil. Filling campur2, almond, almond crunchy, hazel nut, blueberry filling & strawberry filling..


kotak silver..jalur2 & bulat2 tu warna light pink bukan putih..


Macam biasa, ini untuk faizah rasa..


Thanks ya faizah..harap sangat anda berpuashati dan dapat berurusan lagi dilainkali..insyaAllah..

nota hati mcm poyo: aku tak bape sihat seminggu nih, demam terkejut apa ntah. entry pun takda. donut aku yg first time menjadi pun tak larat nk ambil gambar buat boleh plak yer walaupun sedikit excited. td mlm buat roti mexican ala roti boy la..wahh bestnya jadi...tp baru sempat bakar 3 ketul. pun tak larat nak ambil gambar makan je larat..heheh
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih