Sunday, February 24, 2019

NESCAFE Caramel Macchiato

Assalamualaikum semua,

Wahh..2 posts in a row giteww..

Semalam masa nak balik sini, singgah 7 Eleven nak top up Touch N Go. Lepas tu rasa macam nak minum air manis aka coffee. Pergi la ke peti ais..mata terus ternampak NESCAFE Caramel Macchiato ni. Harga RM7.90. Emm..aku decide nak beli..ada beberapa perisa. Aku pilih yang ni sebab ada perkataan karamel, so aku fikir confirm manis. Masa tu tak nak ambil risiko untuk rasa lain sebab takut tak sedap dan tak manis. hehhe

Manufactured by Seoul F&B Co. Ltd. Isipadu 300ml. Kalau korang perasan ada logo halal korea di sebelah kiri bawah, warna hijau tu.

Untuk rakan-rakan yang mengambil kalori yang terkawal aka diet, calories untuk minuman ini 207 kcal per 300 ml. And total sugar content is 26.1 gram per 300 ml. Bukan apa, aku kalau tengah mengawal pengambilan kalori memang akan tengok dulu 2 info tu. Mana tahu aku catat di sini senang sapa-sapa nak refer.

Lepas buat carian di 'Google'..haa dapatlah info macam di bawah. Ada 3 rasa iaitu 
1. NESCAFÉ® Smooth Cappuccino 300 ml
2. NESCAFÉ® Caramel Macchiato 300 ml
3. NESCAFÉ® Caffe Mocha 300 ml


Product ni boleh didapati di 7 Eleven di seluruh negara. Boleh refer terus ke facebook NESCAFE Malaysia ya.


Improvement yang boleh dibuat untuk produk ni yang aku nampak setakat ni adalah penutup cup yang hitam tu. Masa beli penutup tu agak longgar, tapi ia jadi ok bila aku cucuk straw. Lagi pun aku tak buka lapisan penutup yang belah dalam (yang macam seal aluminium tu) sebab takut tumpah sebab penutup longgar kan.

On the way balik, tu minum la air ni. Pergghhh sedap! Rasa dia pekat. Aku minum sikit-sikit. Sure aku akan cuba yang lagi 2 tu..insyaAllah

Jambu Bertih?

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku tak tahu apa nama sebenar jambu ni. tapi lepas buat carian di 'Google' tadi, dapat la namanya Jambu Bertih rupanyan (rujuk blog ini). Dulu kat rumah arwah nenek aku kat kampung ada pokok jambu ni. masa kecil-kecil makan dengan kicap, gula dan hilis cili sikit.

La ni, semalam balik kampung, ada kat rumah mak. Jiran kampung bagi katanya. Ada sebakul, banyak la jugak..aku ambil sikit nak buat kunyah-kunyah.

Tapi sebab semalam dah makan dengan kicap dan gula, yang ada ni aku bubuh asam dan cili hiris sedikit.


Basuh dulu jambu-jambu tu. Aku sama basuh sama belah dua. Sebab kadang-kadang ada haiwan dalam tu hhehehhe..lepas tu tos kan..tabur asam dan lada hiris sikit.

Nanti kalau dah puas makan yang ni, aku naktambah kicap dan gula plak..bagi variasi rasa sementara ada ni. hehe

Baiklah. Jumpa lagi kawan-kawan.

Monday, February 18, 2019

Assalamualaikum!..hai semua

Salam..

hai semua..semoga semua yang masih singgah ke blog ni bahagia selalu..

Lama tak membebel dalam ni. Sayang sangat dengan blog ni. Sekali sekala datang tengok resepi lama-lama yang memang ada rekod dalam blog ni je. Sesuai dengan tagline 'Apa saja yg aku buat.. supaya aku ingat di kemudian hari yang aku pernah buat....', kadang bila dibayangkan, tanpa rekod kat dalam ni, memang aku tak ingat langsung apa yang aku dah pernah buat. Segala gambar, resepi, order, design etc. mengingatkan aku yang aku boleh dan yang paling penting, pernah buat rupanya.

Dan sekarang dan tika ini aku sangat rindu nak buat kek, sangat rindu nak melakar corak-corak atas kek yang walaupun tak seberapa tapi bagi aku ia memberikan kepuasan dan kadang melegakan stress yang agak menekan.

Bila start buka blog balik, tengok kawan-kawan blog, rasa rindu pula nak baca cerita masing-masing. Walau jarang bertegur, dan cuma kadangkala singgah dulu-dulu, ia tetap tercatat dalam buku kenangan.

Bila tak rekod resepi, atau dengan kata lain masak campak-campak ikut sukahati, memanglah sedap kadang, tapi rasa tu yang jadi macam harini buat rasa lain, bulan depan buat 'eh, kenapa rasa lain plak ni'..heheh

Jadinya, ingat nak mula rekod semula apa yang dibuat supaya senang nak tengok resepi kemudian nanti.

Yang terbaru ni, aku dah jumpa resepi puding karamel yang sedap sangat bagi aku. Dengan kurang manis dan kurang bau telurnya. Bila bawa ke ofis pun, kawan-kawan ofis kata sedap..alhamdulillah..nanti aku share ya..memang nak buat lagi.. Tunggu 2-3 minggu lagi sebab nak controlled gula dan manisan yang masuk dalam badan ni ha..hahhahaa

Harini pula, cuba resepi roti. Tapi tak berapa menjadi. Tapi tak pa, dah ada plan lain untuk roti yang tak jadi tu. Hopefully jadilah plan tu, nanti boleh share gambar kat sini.

Semalam masak daging sambal merah. Resepi sendiri yang paling basic. Aku memang tak berapa tahu masak daging ni. Jarang-jarang atau boleh dikatakan setahun adalah dalam sekali dua masak daging. Tu pun sebab nak habiskan daging raya korban tahun lepas hihi..alhamdulillah setelah bertahan menunggu dagiing empuk, hasilnya bagi aku boleh dapat markah 70%. Kira oklah kan. Kena cuba banyak kali lagi nak capai >90% hahah

Oklah..entah apa yang aku membebel-bebel ni..layankan je lah

Jumpa lagi..

Monday, February 11, 2019

Mawar & Ingatan

Bunga mawar menambat rasa
Wanginya tersebar di hati tuan
Bertahun sudah bertemu tiada
Harapan disemai untuk melupakan

Mawar yang harum hamba dambakan
Di hati tuan ia tiada
Ku sangka hati sudah melupakan
Rupanya masih teringat jua

Sendirian mawar di dalam pasu
Dipetik tuan ketika di taman
Ingatan bukan bermakna rindu
Cuma hati sukar melepaskan

Mawar yang cantik berwarna biru
Sungguh menarik hati tuan
Hati merisik diangin lalu
Semoga tuan dirahmati Tuhan

Ombak, kelapa, gulai

Assalamualaikum..

Jumpa lagi. Moga semua yang membaca sihat sejahtera.

Ombak yang tinggi jatuh tak pecah
Menghempas kuat di pantai batu
Jangan dibiar hati yang resah
Mengadulah terus kepada Yang Satu

Pokok kelapa di tepi pantai
Dari kelapa dapatlah santan
Hati ku ini dilanda badai
Segala kenangan masih diingatan

Masak gulai ditambah santan
Sungguh enak dimakan berkawan
Hati merindu cuba ditahan
Pada Yang Esa ku mohon ketabahan

Saja nak asah bakat sikit-sikit. Moga membawa kebaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih