Wednesday, February 22, 2012

Carrot Cake --- 1st attempt

Assalamualaikum..
huhuhu first time buat carrot cake ni..carrot cake setakat ni bukan dalam senarai makanan yang aku nak  makan/telan. kalau ada kategori suka, tak suka, biasa-biasa je, aku nya stage letak kat antara biasa-biasa je dengan tak suka..maybe aku belum pernah makan yang sedap lagi kut..termasuk yang kat SR..tapi dah lama aku perhatikan..ramai yang suka dengan carrot cake ni..emm dari tak rasa nak cuba, jadi macam nak cuba..

1st trial ni, aku cuba satu resepi dapat dari blog ini..:) dan ini hasilnya..


Geleng kepala je..tengok gambar aku ngan gambar kat sana pun dah lain..salahkan diri sendiri je lah sebab banyak skip bahan hahahahha..ok ok..balik nanti aku nak singgah SR, semata-mata nak beli carrot cake kat situ..nak rasa..tengok beg jap..emm ok, cukup 1 slice..

Monday, February 20, 2012

Red Velvet Cake & The Gunners

Assalamualaikum..
Kak Yus order lagi untuk birthday anaknya..adik Aqili fan The Gunners..masa dapat order ni aku tergelak je..siap mesej fan tegar arsenal lagi kalau buat kek arsenal biru the blues ke sky blues ke ok tak. sekali dia jawab bole sebab baju away arsenal kan biru jugak lupa plak..emm terus malas dah nak layan..


Red Velvet Cake, dalamnya aku buat 3 layer..saiz 9..berat total >1.7 kg..harga sangat berpatutan :)

Terima kasih banyak-banyak kak Yus..harap puas hati & adik Aqili juga sukakan kek ni heheh sikit lagi nak buat 4-0 situh wahahha


Harap kek ni cantik dan sedap sepertimana cita rasa yang memandang dan yang memakannya..insyaallah..

Sambal Hiris

Assalamualaikum..
Ni lauk malam tadi..tak berapa nak ada mood..rasa pun tawar je..tapi makan bertambah emm geleng kepala..nak buat kek, tapi macam tak berapa rajin..ada beberapa resepi nak di cuba..antaranya carrot cake, kek buah..kedua-duanya aku kurang gemar sangat..tapi untuk kek buah, aku ada makan yang pada aku sangat sedap masa raya lepas..isinya peroi aku rasa aku makan lebih banyak dari tetamu makan wahahha..harap-harap resepi yang aku nak cuba nanti sedap..carrot cake pula memang aku belum pernah makan yang sedap dengan kata lain yang masuk ngan selera aku makan pun jarang sangat cemana nak tahu mana sedap mana tak sedap kan..tak pernah cuba pula yang kat SR nun..tapi aku ada jumpa resepi yang nampak macam sedap..hehe tu yang kena try tu...


Sudah la..terima kasih pada sesiapa yang sudi berkunjung..:)..

Thursday, February 16, 2012

Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum..
Buat hari tu..sebelum ni ada nampak di blog Madihaa. Resepi asal dari Ryo..huhu tak jadi macam diorg nyer sebab pun derhaka banyak (ikut dan cream cheese yang dah siap sedia dalam kotak ais tu)..pastu tak tengok balik asal kejadian yang sepatutnya macamana. Ingat je, terus buat..ish ish..dah tak mempersona jadinya..huhuhu


Tapi sedap, dan idea yang sungguh best untuk dicuba lagi..hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih