Friday, June 10, 2011

Donut kentang

Salam..:) senang dan mudah


hehe resepi sama cam sebelum nih, resepi asal dari blog Ros Jintan Manis dan aku ambil dari blog Kak Tun Rabiatun@Sweettouch

Donut Kentang 
Bahan2nya:
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek (lebih kurang 2biji kentang saiz kecil) ---1bj kentang kecil cukup bg aku ~70g)
2 sudu besar susu tepung/skim milk ---takda, jd tak letak
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam ---aku terus letak 80g heheh
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis (1 1/2 sudu kecil)
1/2 sk esen vanila ---aku tambah

(susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sangat, nanti donut meresap minyak bila digoreng)

Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. ---aku guna mixer yg whisk bentuk spiral tuh jer
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. ---aku tutup ngan tuala basah
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.---aku tekap guna cetak donut
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. ---aku guna gula icing


Tu kes tak rajin nak golek2kan, jadi ayak je gula icing atas tuh...aku guna cetak donut yg sangat kecik, dapat dalam 34-35 ketul donut2 kecik&comel2 lebih kurg 5-6cm jer...yg mana bila org besar2 makan tak sempat rasa dah takde dlm mulut..aku buat mlm, pastuh tekap guna cetak terus simpan dlm peti ais, pg kuarkan n biar dlm 1 jam n goreng bawak g keje..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih