Lagi beberapa hari nak menjelang bulan Ramadhan..mak cik Ara sedang sibuk menyiapkan tempahan baju raya..
Kringgg!!
mak cik Ara: hello..
makcik Tini: hello Ara, assalamualaikum
mak cik Ara: waalaikumussalam..oh Tini..
mak cik Tini: tengah buat apa tuh
mak cik Ara: tengah jahit baju bla..bla...bla...
(owh..minta maaf ya, skrip perbualan terpaksa dipotong/dipendekkan oleh sbb panjang sangat...biasa la makcik2 kat kg kalau berbual, suma nak ditanya....oppss sori makcik..)
mak cik Tini: eh tolong tolong jahitkan baju melayu husband aku, aku dah siap potong suma dah tinggal jahit je (oh ya..husband Mak cik Tini adalah imam dikawasannya)
mak cik Ara: bole je, hantar la
mak cik Tini: berapa upahnya ye?
mak cik Ara: saya tak nak apa2 upah, saya cuma nak 'saham' sikit je nanti kat 'sana' nanti..(sambil senyum)
mak cik Tini: aa ok, nnti aku hantar
selepas itu perbualan ditamatkan (setelah dipendekkan cerita lagi..hehhe)
Selang beberapa minggu lepas tuh, mak cik Ara nih masih lagi tertunggu-tunggu..pelik pun ada juga..
Mak cik Ara: mana la Tini ni kata nak hantar baju..telefon pun tidak..nanti kang tak sempat pula emmm
Kringgg!!!
Mak cik Tini: Hello Ara, assalamualaikum
Mak cik Ara: waalaikumussalam..haa Tini kata nak hantar baju, tak hantar2 pun
Mak cik Tini: ye lah, ko kata harituh, ko nak dapat 'saham', aku pun nak dapat 'saham' juga..lagi lagi ni husband aku punya baju (sambil senyum bercerita malu2..)
Mak cik Ara: (tergelak..)
hehehhehe....
p/s: watak dan suasana telah diubah mengikut citarasa penulis
'saham di sana' = saham akhirat