Wednesday, October 26, 2011

Kek Hantaran Putih Merah II

Salam..


Pesanan dari Awin untuk pertunangan kenalannya..Moist Chocolate Cake dengan filling chocolate cream + blueberry..

 

Thanks ya Awin, semoga kek ini sedap dan cantik seperti mana citarasa yg memakan dan yg memandangnya..insyaallah..


Selamat bertunang kepada Shah Rudin & Norhidayah, semoga bahagia selamanya..insyaallah..



Thursday, October 20, 2011

Red Velvet Cake - attempt1

Salam..
Ecece..1st attempt gitu hehheh nnti lah sok ke aku bebel..la ni tengok gambar je dulu..sedap tak?..sedapp..kek sedap, moist tapi kurang manis (maybe nak sekalikan ngan krim yg manis macam aku), dan krim pun sedap..


okey, sambung..resepi ambil dari HanaMemories..kat sini..thanks ya hana, minta c&p resepi sini..tapi aku guna warna merah sangat sikit dalam setengah sudu kecil gitu (Americolor)..sbb tujuan asal nak tahu rasa kek ni mcmana sebenarnya..

Lagi satu, aku cuma buat separuh adunan dari adunan di bawah ye..

Resepi Red Velvet Cake
Source : joy of baking
Terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *  
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter  
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanilla
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut

Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
Potong dan hidangkan


Aku masukkan dalam shuffle cup size S / 200 oz..separuh adunan dapat dalam lebih kurang 16-17 cups..bakar dalam 20 minit cam tuh..aku potong dan lapiskan dengan cream cheese..

 

sedap..alhamdulillah..

Tuesday, October 18, 2011

Fruit Tart

Salam..
Adik aku cakap fruit tart yg dia makan kat jamuan raya ofis dia hari tuh sedappp sangat..aku plak rasanya mmg belum pernah makan & buat fruit tart ni jd rasa nak buat plak tetiba..walaupun ambil masa yg lama nak ambik mood lazy hehhe pastuh, hari tuh masa kenduri rumah pakcik aku, ada rasa fruit tart dia, tapi rasanya tak sama mcm yg adik aku makan kat ofis dia tuh..sudah..resepi mana nih?...jadi aku pun jalan2 la ke blog pakar2 dan inilah hasilnya... 

hehehe ini je la 'fruit' yg ada kat umah ni sekarang..baik ada, kalau tak,jadi la tart kastad plak..betik ye..aka gandul aka papaya. Kena gelak?..ohh itu sudah mesti hahhaha aku pun gelak sama

Resepi kastadnya ambil dari rumah maklang sini..dan dari fotopages kak rinnchan di sini..sama je resepi nya sebab maklang bersumberkan kak rinn nya resepi..aku mmg pergi ke 2-2 website tu..

manakala resepi shell aku ambil dari blog chef noraini di sini..terima kasih di atas perkongsian semuanya..mohon c&p resepi di sini ya..

 

Tart shell ni aku sediakan sehari sebelum..:) 

Tart shell
Bahan-bahan :
125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 biji kuning telur
250 gm tepung gandum serbaguna
sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1-2 sudu besar air

Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul sebati.
3. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula.
4. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius

Inti kastad ni plak aku buat setengah daripada adunan di bawah..

INTI KASTAD 
Sumber : Rinn & MakLang 
Bahan-bahan : 
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad atau tepung jagung (mklang suka guna tepung kastad lagik)
8 sudu besar gula (ikut manis tekak sendiri)
2 cawan (500ml) susu segar (mklang guna susu cair)
2 biji telur
2 sudu besar mentega 

Kaedah penyediaan : 
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan dan mentega.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.
*maklang mskkan sumer bhn sekali harung dlm periuk dan masakkan aje atas dapur...


Emm..aku nya kastad lembik sikit la..pastuh aku tak pass lagi main2 ngan kastad ni dari dulu..walau selalu di kacau atas api perlahan, kastad aku tetap berketul2..mesti ada silap tuh...tapi tak cari lagi kat mana heheheh lazy lagi..nnti aku nk try lagi, ade lagi shell tart lebih, leh buat stock kan..mana tau ade buah warna warni plak nnti kan hehheh berangan nak perabih duit..

Thursday, October 13, 2011

Begedil Ikan Bilis

Salam..semalam nampak kat blog Leen, pastu terus teringin lagipun lama dah tak buat..balik keje terus pergi beli barang2..
Tapi kami bukan makan begedil dengan soto ke sup ke nasi ke..kami begitu saja macam makan tepung goreng aka jemput2 hehheh sedap..selalunya kalau buat begedil, mmg aku buat begedil ikan bilis je, senang..


Resepi ringkas dan sangat mudah sahaja..

Begedil Ikan Bilis
Sumber: Faiz 

Bahan2nya:
6 biji kentang (rebus bersama 1/2 makan garam sampai empuk)
Segenggam Ikan bilis*
1/2 sudu makan lada sulah* (*ditumbuk halus)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Daun Bawang & daun sup (di potong2 mcm nak tabur atas sup tuh)
1 biji kuning telur
sedikit ajinamoto (jika suka)

1 biji telur (untuk menyalut)

Caranya:
1. Lenyek kentang tapi tak yah lumat sangat, cukup kasar.
2. masukkan semua bahan lain kecuali 1 biji telur, gaul sebati.
3. pastu kepal bulat2.
4. Celup dengan telur (yg sebiji tuh) sebelum digoreng dlm mnyak panas..

Sudah siap..hehhe boleh juga makan ngan sos..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih