Tuesday, October 11, 2011

Mini Oreo Cheesecake

Salam..
Mini oreo cheesecake (chilled)..perggghhh sapa nak? hehhe buat sendiri..pada aku ini sangat sedap, sbb aku suka cheese. kalau yg kurg suka akan bertukar ayat jadi sangat tak sedap. Adec aku yg suka cheese, kata sedap!..lagi sorang plak kurang suka cheese, makan separuh sambil tunjuk muka kelat hehhe sebab memang sangat rasa kekejuan nya..tengok resepi pun tahu yg ini memang akan rasa lemak tak hengat..

Resepi dapat dari blog Mas Des Fontaine Homemade Chocolate. Sangat simple dan sangat mudah. Terima kasih atas perkongsian, saya c&p sini ya puan..sebelum tu kalau korg nak tahu pasal coklat, leh gi blog Mas Des Fontaine Chocolate tuh, banyakk info pasal coklat n cara2 nk buat coaklat n jadi kreatif..


Resipi Mini Oreo Cheese Cake (~12 cups size 8/ ~36 gram each)
Sumber:  Mas Des Fontaine Homemade Chocolate

Filling
250gm Philadelphia Cream Cheese
130gm Coklat Compound Versa White (SICAO)
1/2 biji lemon (ambil jusnya) ------ aku ganti dengan 1 sudu besar jus mango sunquicks
25gm Oreo Crumb
1/2 sudu kecil MEC3 French Vanilla ------ aku tak letak
Base
Biskut Oreo (apa-apa flavour yang digemari)

Cara-cara membuatnya:
Filling Oreo Cheese Cake
1) Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik sebelum mengadunnya menggunakan mixer. Sekiranya cream cheese masih sejuk dan terus diadun dengan mixer, hasil adunan akan menjadi berketul-ketul dan tidak licin.

2) Masukkan cream cheese ke dalam bekas mixer dan adunkannya dengan mixer sehingga kembang dan nampak 'fluffy'. Selepas itu, masukkan perahan jus lemon ke dalam adunan ini dan adunkan sehingga sebati.

3) Kemudian, cairkan coklat compound Versa White (SICAO) dan sejukkannya.

4) Selepas itu, campurkan adunan dari langkah (2) dengan coklat compund putih cair yang telah disejukkan tadi (jangan masukkan coklat compund cair yang masih panas ke dalam adunan cream cheese kerana ia boleh menyebabkan adunan berminyak). Kacau adunan hingga sebati tanpa menggunakan mixer. Seterusnya, campurkan oreo crumb dan 1/2 sudu kecil MEC3 French Vanilla ke dalam adunan filling cheese cake untuk memberikan aroma yang wangi dan menyelerakan.

5) Anda tak perlu susah-susah menyediakan base untuk resipi mini oreo cheese cake ini kerana base untuk resipi ini hanya menggunakan biskut Oreo sahaja. Ambil biskut Oreo dan susunkannya ke dalam paper cup bersaiz 8. Pastikan biskut oreo ditekan ke bawah supaya padat dan terletak di bawah dasar paper cup ini. Biskut oreo juga boleh diganti dengan apa jua biskut yang anda gemari.

6) Selepas itu, isikan adunan filing oreo cheese cake yang telah siap ke dalam paper cup yang mengandungi sekeping biskut oreo di dasarnya. Masukkan sehingga penuh acuan dan ketuk dengan lembut agar adunan filing pada setiap acuan padat dan rata.

7) Parutkan coklat compound Versa Milk (SICAO) dan hiaskannya di atas mini oreo cheese cake yang dihasilkan pada langkah (6). Akhir sekali, sejukkan mini oreo cheese cake di dalam peti sejuk 'chiller' selama 3 jam.

Untuk gambar step by step, bole ke sini ya..


Haa tu dia..panjang lebar penerangan. terus faham, boleh bayangkan dan ingat dlm kepala..Tapi aku takda la nak hias bagai, cukup letak oreo crumb atas mini cheesecake tu..

Base tu boleh juga guna resepi base biskut biasa yg hancurkan biskut hingga halus dan gaulkan dengan mentega cair..akan jadi lebih rangup rasanya..contoh resepi ada sini..

Dan bagi pengemar keju tegar hehehhe dan nak buat yg paling senang, try lah resepi nih.

Saturday, October 8, 2011

Muffin Coklat Kukus

Salam..hehehhe walaupun takda pengukus..tapi aku tetap nak buat jugak benda nih..huahuahua teringin nak buat sampai teringat2 pagi petang siang malam kat umah kat opis..hehhe dapat resepi dari rumah kak Ummi Home Sweet Home tu..jom tengok resepi yg aku terinin sangat nak godek2 nih..

kak Ummi, saya c&p esepi sini yer..tima kasih atas perkongsian...:)


Muffin Coklat Kukus
Resepi: Maklang Azie
Sumber: CT Delima & Ummi Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 2 cawan susu cair (*akak guna susu segar)
  • 1 cawan minyak masak/250 gm mentega & cairkan. (*akak guna minyak masak) ---- aku guna minyak masak juga
  • 1 3/4 cawan gula kastor (*akak guna brown sugar)
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar coklat emulco
Bahan B:-
  • 250 gram tepung superfine/tepung gandum (*akak guna tepung naik sendiri)
  • 50 gram serbuk koko (*akak guna Van Houten)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (akak x letak baking powder n soda sebab menggunakan tepung naik sendiri)
Cara-Cara:-
  1. Satukan bahan A hingga sebati. Kacau guna whisker sahaja.
  2. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dan kacau rata, jangan terlebih kacau.
  3. Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan kertas/muffin cups dan kukus selama 10 - 15 minit. (*akak balut penutup kukusan dgn towel)
hehhe aku bakar guna oven kaedah bainmarie tapi pasang api bawah sahaja hehheh boleh tahan gak muffin kukus ni kan...

Friday, October 7, 2011

Blueberry Buckle

Salam..
Semalam baru pertama kali singgah blog kak Ida di sini. Nampak pula resepi Blueberry Buckle ni..wahh terus rasa nak try walaupun takda fresh blueberry...huhuhu


Tapi aku nyer nih terlebih bakar lah, nampak belah tepi cam gelap sket..tapi tengah maintain lembut okeh....ikut resepi, masa 40 minit tuh lum masak lagi..pastuh aku biar la smpai 1 jam hehheh luper..sumber kak ida adalah dari hanamemories, manakala sumber asal adalah dari foodnetwork.Mohon c&p resepi di sini ya kak ida..tulisan condong warna biru adalah seperti apa yg aku buat..


Blueberry Buckle (untuk loyang bulat saiz 7")
Sumber: idaddapur.blogspot.com

Bahan-bahan Kek:
  • 1/2 cawan butter ---------------------------100 g
  • 1/2 cawan gula.....ida lebihkn sikit-----------100 g
  • 1 biji telur-----------------------------------68 g termasuk kulit
  • 1 sd kecil essen vanilla
  • 2 cwn tepung gandum-----------------------200 g
  • 2 1/2 sd teh baking powder
  • 1/4 sd kecil garam
  • 1/2 cwn susu segar
  • 2 cwn blueberry segar...ida cuma ada 1 cwn jer ------ fresh blueberry takda stock, aku gantikan dengan bluberry filling
Bahan-bahan untuk Streusel Topping:
  • 1/3 cawan gula-------------70 g
  • 1/3 cawan t.gandum---------33 g
  • 1/2 sk cinnamon serbuk....ini ida tak letak, sbb anak2 tak suka bau dia-----aku tak letak juga
  • 3 sd besar butter tanpa garam ( guna butter yg sejuk dr peti ais ) ida guna butter biasa-----45 g
 
Caranya:
Kek:
  • Panaskan oven suhu 350 F...ida panaskan pd suhu 180 C
  • Pukul butter bersama gula hingga kuning dan berkrim. Masukkan telur dan essen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
  • Ayak bersama, tepung, baking powder dan garam
  • Masukkkan ke dlm adunan tadi berselang seli dgn susu. Kacau rata. Alas loyang dengan baking sheets, ratakan, kemudian tabur blueberry ke atas adunan.----aku tuang separuh adunan ke dalam loyang, paip kan blueberry filling, dan tuang lagi baki adunan atas filling tadi..pastu paipkan lagi blueberry filling diatasnya..
Streusel topping
  • Dalam mangkuk kecil, campurkan tepung, gula dan serbuk cinnamon jika suka
  • Masukkan butter dan kacau dgn garfu hingga menjadi crumble / serbuk.
  • Taburkan ke atas adunan kek yg telah ditabur blueberry tadi
  • Bakar selama 45 - 50 minit (ida bakar lebih kurang 40 minit sahaja sbb kek tak tebal )
  • Sejukkan di atas redai sebelum dihidangkan
 
 
Thanks ya kak ida & hana sebab berkongsi resepi..sedap..tapi aku tak leh makan banyak sebab manis...senang serta mudah..

Kek Hantaran

Salam..order last week..


Moist Chocolate Cake, filling Chocolate Cream + Blueberry..design aku diminta ikut betul2 gambar yang diambil dari sini..cuma aku tambahkan corak di tepi kek.. 

 

Thanks to Izat yg tak jemu menyokong..jgn serik untuk order lagi yer izat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih