Tuesday, February 4, 2014

Red Velvet Cake

Salam..
Ni beberapa pack red velvet..harga boleh whatapps/sms ya..



 

Moist Chocolate Cake

Assalamualaikum..

lama dah la sangat tak update entry dalam blog ni..huhu terima kasih pada yang datang blog ni walau takda entry baru ya..

kerja ofis yg sangat2 banyak enam bulan terakhir tahun lepas (bawa ke tahun ni) ditambah lagi dengan sinki dapur yg tak keluar air sampai kena tolak beberapa order (antaranya golf n minion cake yg memang teringin sangat nak buat). Kalau ikutkan memang boleh angkat air, tapi tekanan kat tempat kerja buatkan kepenatan tu terasa sangat.

Jadinya pagi ni nak upload beberapa simple order yg sempat di buat selama enam bulan. Kebanyakannya adik aku yg order sebab rasanya masa tu memang aku tak dapat buat order yg rumit2 mengikut tema macam biasa.

Tapiii..alhamdulillah..paip air di sinki dah pun settle, audit di ofis dah pun lepas (walau kerja semakin bertambah :)), jadi insyaAllah aku dah boleh terima pesanan semula. 

Ni Moist Chocolate Cake, aku dah tak ingat adik aku yg order or kawan adik aku heheh lama dah..saiz 7"


Nota: Bila ingat2 balik, sungguh Allah yang bagi kekuatan. walau aku rasa masa tu macam tak dapat lalui je segala macam karenah manusia (termasuk karenah aku sendiri wahahahhaha)..

Friday, December 27, 2013

saya dah balikkk! :D

Assalamualaikum & salam sejahtera...


pergghh lama la sangat tak baking. bukan sebulan cutinya, tapi dekat 3 bulan ngeh ngeh..errr..tapi cuti pun tak sempat nak buat announcement...iiyyah alasan nya tak lain dan tak bukan sebab ada masalah tenikal dalam masa yg sama ada kerja yang lebih penting yang perlu saya selesaikan..

Jadi hari ni, nak beritahu pesanan kek perkahwinan, kek hari lahir atau apa sahaja kek sudah boleh dibuat kembali..insyaAllah

Untuk permulaan, buat carrot cake & cream cheese ni td..

Tapi nak beritahu awal2, kami tak recommend customer letak m&m atau gula2 yang sewaktu dengannya atas creamcheese sbb nanti warna2 m&m tu luntur jadi creamcheese akan comot. kalau nak juga, boleh beli kek kosong tanpa hiasan dan anda beli dan tabur sendiri m&m sejurus sebelum kek dipotong ya..

Dengan buttercream biasa, gula2 ini tiada masalah insyaAllah

p/s: err..ini copy paste (^_^ ")

Sunday, November 24, 2013

Bila Doktor Gigi Membebel...

Assalamualaikum.. hehe apa kaba semua orang..malu ai sbb lama tak masuk entry hihiihi
gambar dari whatsapp
Takda kek takda resepi lagi, apa pun takda..(^^,) cuma nak share je hari tu nampak entry dari doktor gigi..aku pun tak reti nak ulas banyak sebab tak berapa bijak bab gigi. tapi apa punca2 gigi sensitif yg beliau catatkan tu semua aku buat ngeh ngeh..ada terangkan kenapa rasa ngilu siap gambar semua lah. best rasa sebab boleh faham. :D..

share sini nanti aku cari balik senang. 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang selalu dijenguk..Terima Kasih